Social Icons

01-28-1984 IBU ZAIN MULAKAN SIRI PENGKISAHAN SEJARAH



Pada hari ini 28 Januari dalam tahun 1984, Tan Sri Ibu Zain telah memulakan Siri Pengkisahan Sejarah yang bertema ’Wanita di dalam Sejarah Malaysia’, di Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Hajjah Ibu Zainun atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu Zain telah dilahirkan pada 22 Januari 1903 di Kampong Nyalas, Melaka.

Perkhidmatannya kepada masyarakat bermula di antara tahun 1916 hingga 1921 apabila beliau membuka sekolah di Pasoh Jaya Waras, Negeri Sembilan di atas perbelanjaannya sendiri.

Di atas kecekapan dan ketekunan beliau di dalam bidang pelajaran dan pendidikan beliau telah dinaikkan pangkat dari masa ke semasa hinggalah menjadi Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan di negeri Johor, dalam tahun 1927.

Di atas usaha beliau, ’Persatuan Guru Perempuan Melayu dan Agama Johor,’ ditubuhkan dan persatuan ini berjaya menerbitkan majalah ’Bulan Melayu’.  Ibu Zain juga adalah wanita Melayu pertama yang memasuki Pertubuhan Pandu Puteri. Beliau juga berjaya menubuhkan Kolej Puteri Tunku Ampuan Marian dalam tahun 1948.

Beliau mula melibatkan diri di dalam politik setelah menerima undangan dalam tahun 1945 daripada Datuk Onn bin Jaafar untuk menyatupadukan kaum wanita di Johor Bahru yang akhirnya membawa kepada Pertubuhan Pergerakan Kaum Ibu Semenanjung.

Dalam tahun 1948 beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor.  Beliau telah dilantik menjadi Ketua Kaum Ibu Malaya dalam tahun 1950.  Dalam tahun 1956 beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Kaum Ibu bagi Malaya Bahagian Selatan di samping menjadi Ketua Kaum Ibu bagi negeri Johor.

Oleh kerana jasa Ibu Zain dalam berbagai bidang, beliau telah dikurniakan bintang-bintang dan berbagai gelaran.  Beliau adalah wanita pertama yang mendapat pingat Ibrahim Sultan (PIS).  Pingat dan gelaran yang diperolehi oleh Ibu Zain termasuk JMN, Darjah Kebangsaan Panglima Sri Mahkota, (Tan Sri), Tokoh Guru, Lady of Burma, Pingat Tun Fatimah, Tokoh Sastera, Tokoh Pendidikan dan lain-lain lagi.

21-01-1948 RAJA-RAJA MELAYU MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Tarikh Peristiwa : 21-01-1948


Pada hari ini dalam tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu bagi negeri Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan termasuk Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Perjanjian ini telah dibuat selepas gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat orang Melayu dari segenap pelosok negara. Desakan demi desakan dari seluruh negara telah memaksa Inggeris menarik balik gagasan Malayan Union dan digantikan dengan satu bentuk pentadbiran yang lebih selesa.  Sesungguhnya Perjanjian yang ditandatangani di King's House (CARCOSA), Kuala Lumpur ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang telah mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu. Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini. 

19-01-1962 DATO’ ONN MENINGGAL DUNIA




Tarikh Peristiwa : 19-01-1962 

Pada hari ini dalam tahun 1962, Dato' Onn bin Jaafar meninggal dunia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara kita. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung di Tanah Melayu, yang berjaya meniupkan semangat kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu. 

Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan petah bercakap dan berhujah, Datuk Onn telah berjaya memimpin orang-orang Melayu menentang dan seterusnya menumbangkan Malayan Union.Dato' Onn juga terkenal sebagai pengasas UMNO dan dipilih sebagai Presiden yang pertama apabila pertubuhan itu ditubuhkan dengan rasminya pada llhb Mei, 1946. 

Bagaimanapun, beliau telah keluar dari pertubuhan yang diasaskannya itu pada 27hb Ogos, 1951 kerana perselisihan faham dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain mengenai dasar perkauman Melayu UMNO. Dato' Onn ingin menjadikan UMNO sebagai pertubuhan politik yang tidak perkauman dan terbuka kepada semua kaum, tetapi tidak dipersetujui malah ditentang habis-habisan oleh sebahagian besar pemimpinpemimpin UMNO yang lain. 

Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malayan Party (IMP) sebaik-baik sahaja keluar dari UMNO. Parti itu hanya dapat bertahan selama tiga tahun lebih apabila dalam bulan Mac 1954 beliau menubuhkan pula Parti Negara atau "National Party" yang mengamalkan semula dasar perkauman Melayu. 

Dalam tahun 1959 Parti Negara telah memenangi pilihanraya Umum Persekutuan dan Dato' Onn dilantik menjadi Anggota Parlimen.

Dilahirkan dalam tahun 1895 di Johor Bahru, Dato' Onn mempunyai 15 orang adik beradik, lelaki dan perempuan dari seibu sebapa, sebapa sahaja dan yang seibu saha.ia dengannyal. Tidak seperti adik-adiknya yang lain, beliau semenjak dari kecil dipelihara olch Sultan Ibrahim sebagai anak angkat baginda. 

Dengan asuhan dan layanan diraja, pendidikan timur dan barat (di England) serta aliaran Islam maka tertanamlah di sanubari dan jiwanya perasaan berkeluarga, bermasyarakat, bernegara, cintakan tanahair dan semangat kebangsaan dengan suburnya.

Ketika hayatnya, Dato' Onn telah berjuang untuk memperbaiki dan meninggikan taraf hidup, pelajaran dan ekonomi orang-orang Melayu supaya dapat mempunyai kedudukan yang setanding dengan bangsa-bangsa lain.

Dato' Onn, antara lain, pernah bekerja sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan johor di Johor Bahru, berkhidmat sebagai kadet dalam Angkatan Tentera Negeri Johor (Timbalan Setia Negeri Johor), Pegawai Daerah Batu Pahat, Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Johor, Menteri Besar Johor, Pro Canselor Universiti Malaya (Singapura), Ahli yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Pengerusi RIDA.

Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang ulung itu pada hari ini (Jumaat) dalam tahun 1962 setelah berusia 67 tahun diterima dengan rasa sedih dan terharu yang amat sangat oleh rakyat jelata dan pemimpin-pemimpin negara di seluruh negara. 

Di saat keharuan itu Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dengan sertamerta mengumumkan penghormatan negara kepada jenazah Dato' Onn sebagai mengenang jasa beliau yang tidak ternilai kepada bangsa dan nusa. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Abu Bakar Ialu dibawa ke Istana Besar untuk rakyat memberi penghormatan terakhir. 

Tembakan meriam hormat sebanyak 17 kali telah dilepaskan sebaik-baik saja jenazah itu dibawa keluar dari Istana Besar di atas sebuah kereta meriam yang ditarik oleh anggota-anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Malaya dengan diiringi oleh 300 orang anggota dan pegawai-pegawai dari Angkatan bersenjata Tanah Melayu dan Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces), menuju ke Perkuburan Diraja Mahmudiah. 

Di samping beribu-ribu rakyat jelata turut mengiringi jenazah almarhum itu ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Anggota-anggota Parlimen, Menteri-menteri Besar, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Wakil Raja-Raja Melayu, Pembesar-Pembesar Negeri/Daerah, Wakil Kerajaan Singapura dan Canselor. Universiti Singapura.

18-01-1956 PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON



Tarikh Peristiwa: 18-01-1956

Pada hari ini dalam tahun 1956, satu daripada rundingan ke arah kemerdekaan yang dikenali juga sebagai Persidangan Malaya Merdeka di London telah diadakan.  Pada hari inilah, bermulanya persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Persidangan ini telah mengambil masa selama 3 minggu dan masalah-masalah yang telah dibincangkan ialah:-
  1. Malaya akan merdeka dalam lingkungan Commonwealth British.
  2. Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dikuasai oleh Menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu.
  3. Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.
Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari Dato' Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin.  Sementara wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Sesungguhnya persidangan Malaya Merdeka di London pada hari ini dalam tahun 1956 telah membuka jalan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan dalam satu upacara yang gilang-gemilang pada 31 Ogos 1957.   

09-01-2004 CHE PUAN HAMINAH DIISYTIHAR SULTANAH KEDAH


Pada hari ini 9 Januari dalam tahun 2004, Che Puan Kedah Haminah Hamidun dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada majlis penuh adat istiadat diraja yang berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat pemasyhuran ini dimulakan dengan bacaan selawat dan paluan nobat mengiringi keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Che Puan Hamidah ke dewan penghadapan dan diikuti dengan perarakan membawa masuk alat-alat kebesaran diraja. Watikah pemasyhuran telah dibacakan oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang diikuti dengan istiadat memakaikan mahkota kebesaran oleh Sultan kepada Che Puan Kedah. Upacara itu melayakkan Che Puan Kedah menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tunku Sultanah Kedah Darul Aman.  Baginda Sultan kemudiannya berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran (DK) kepada Sultanah. Serentak itu tembakan meriam dilepaskan menandakan sempurna istiadat itu.  Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Abd. Halim. Istiadat pemasyhuran ini diadakan berikutan kemangkatan Sultanah yang lepas, Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 26 Ogos 2003. Berangkat sama pada majlis bersejarah ini ialah Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, putera-puteri, kerabat-kerabat diraja.

Warga PDRM perlu jaga tingkah laku, disiplin: Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan) bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua dari kanan) berkenan berangkat hadir ke Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri).


KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga tingkah laku dan disiplin supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat.


Baginda bertitah ini kerana warga PDRM sentiasa menjadi perhatian masyarakat yang kebelakangan ini hanya melihat perkara buruk mengenai pasukan itu.

"Dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan ketenteraman awam anda akan berdepan dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai karenah. Tanamlah sifat sabar dan sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku serta menjunjung nilai integriti yang tinggi dalam diri masing-masing.

"Jangan harapkan pujian yang manis atas kejayaan yang dicapai tapi bersedialah untuk menerima cacian atau satu kegagalan kecil kerana masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian, Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.
YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim mengiringi Tuanku Sultan Johor
memeriksa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor
Percubaan siri 1/2011 di PULAPOL pagi tadi.
Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerak Khas (GGK) Tentera Darat bertitah warga PDRM juga perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang kini adalah bentuk persekitaran kerja dan kehidupan generasi masa kini.

"Diharap, dengan arus teknologi terkini, warga PDRM dapat menggunakan perkongsian dan penyebaran maklumat ini secara cepat dan berkesan serta dapat berhubung secara langsung dengan masyarakat awam. Perkongsian ini mampu memberi impak postif dalam pelaksanan tugas pasukan," titah baginda.

Terdahulu, Ismail dalam ucapannya berkata cabaran utama yang perlu dihadapi pasukan masa kini ialah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM.

"Ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai mengenai kejadian jenayah yang masih kerap berlaku dan persepsi 'fear of crime' belum diatasi sepenuhnya.

"Sebagai pegawai yang berhemah, anda perlu semaikan perasaan timbang rasa dan memahami masalah masyarakat serta tangani masalah dan isu secara profesional dengan fikiran yang matang," katanya.

Beliau berkata, setiap pegawai polis perlu sentiasa mendekati masyarakat dan merapatkan hubungan bagi menjalinkan kerjasama dalam memerangi jenayah.

Pada majlis ini, seramai 960 pelatih iaitu 570 lelaki dan 390 wanita menamatkan latihan selama sembilan bulan.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Siri 1/2011

 Anakanda Sultan Johor, Tuanku Abdul Jalil Sultan Ibrahim adalah antara pelatih yang tamat latihan hari ini menjadi pemimpin perbarisan.

Bangunan Sultan Ibrahim


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Rekabentuk bangunannya yang unik serta kedudukannya yang terletak di atas Bukit Timbalan memberi identiti tersendiri kepada bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda bagi bandar Johor Bahru. Bangunan ini dibina atas titah Sultan Johor, DYMM Almarhum Sultan Ibrahim untuk dijadikan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor serta melambangkan keagungan kerajaan negeri Johor yang sedang berkembang maju. Ini kerana sejak daripada perpindahan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri (kemudiannya dinamakan Johor Bahru) pada tahun 1866 pusat pentadbiran kerajaan belum mempunyai bangunannya sendiri. Dengan pembinaan bangunan baru ini pejabat-pejabat Kerajaan negeri dapat disatukan di bawah satu tempat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan.


Cadangan untuk membina bangunan ini bermula pada tahun 1929, namun akibat daripada kemerosotan ekonomi pada tahun 1930 maka cadangan itu telah ditunda. Pada tahun 1937, pelan bangunan yang direka bentuk oleh arkitek Messrs Palmer dan Turner telah diterima dan dipersetujui. Lanjutan daripada itu pada 7 November 1938, Tengku Mahkota Johor, YAM. Tunku Ismail (Pemangku Raja Johor) berkenan menyempurnakan upacara menambak tanah di tapak pembinaan bagi menandakan bemulanya kerja-kerja pembinaan. Pada 10 Mac 1940, YAM Tunku Mahkota Johor sekali lagi berkenan menyempurnakan upacara perletakan batu asas pembinaan bangunan ini. Pada upacara tersebut, Mufti Kerajaan Negeri Johor, Tuan Syed Alwi telah mengetuai bacaan doa selamat.
Sekitar tahun 1941, kerja-kerja pembinaan bangunan ini terhenti ekoran daripada Perang Dunia Kedua yang telah merebak ke Tanah Melayu. Peperangan ini telah menjejaskan beberapa bahagian dinding bangunan yang masih dalam proses pembinaan. Dinding yang menghadap ke Selat Tebrau telah terkena bedilan meriam dari arah Singapura. Selepas perang kerja-kerja pembinaan bangunan ini diteruskan oleh kontraktor Messrs United Engineers dan Ah Hong and Company di bawah pengawasan arkitek Messrs Palmer dan Turner. Menjelang akhir tahun 1942 bangunan setinggi sebelas tingkat dan menelan belanja sebanyak RM2 juta ini siap sepenuhnya.
Keunikan reka bentuk dan senibina yang dihasilkan adalah gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan Kolonial. Pada bahagian hadapan iaitu ruang tengahnya terdapat lukisan lapan bintang pada lantainya yang melambangkan lapan daerah di negeri Johor. Manakala pada pintu masuknya terdapat ukiran berbentuk menara dan pada tiang-tiangnya pula terdapat ukiran menarik bermotifkan tumbuhan-tumbuhan seperti bunga cengkih dan lada hitam yang melambangkan hasil utama negeri Johor suatu masa dahulu.
Pemindahan pejabat-pejabat lain ke bangunan baru ini dan perayaan pembukaannya telah diadakan pada hari Selasa 3 November 2602 iaitu `Hari Meiji Setsu' bersamaan 3 November 1942. Bangunan ini selain menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri, juga berfungsi sebagai tempat berlangsungnya Mesyuarat Dewan Undangan Negeri . Sebagai mengenang jasa Almarhum Sultan Ibrahim yang menitahkan pembinaan bangunan ini, pada 9 Ogos 1982, bangunan ini diisytiharkan namanya sebagai Bangunan Sultan Ibrahim oleh Sultan Johor (nama Sultan)
Sehingga kini bangunan Sultan Ibrahim tetap teguh berdiri di atas Bukit Timbalan menyaksikan arus Pembangunan Johor Bahru yang semakin pesat membangun dan fungsinya sebagai salah sebuah bangunan pejabat-pejabat Kerajaan tetap terpelihara bersama keaslian bentuknya yang unik dan menarik itu.

Jangan hanya fikir soal wang


TUNKU Ismail Sultan Ibrahim memberi kata-kata semangat kepada pemain skuad bola sepak Johor pada majlis Ramah Mesra Pemain di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan pemain skuad Johor agar tidak terlalu memikirkan soal kewangan sehingga menjejaskan prestasi pasukan sebaliknya terus memburu kemenangan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurutnya yang merupakan penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), para pemain skuad Jengking harus memberikan komitmen yang padu setiap kali turun beraksi dan memberikan fokus untuk mencipta kemenangan pada setiap perlawanan.

"Soal kewangan biarkan pihak pengurusan yang uruskan, tugas para pemain adalah memastikan pasukan menang setiap perlawanan.

"Saya sendiri akan memberikan sokongan seratus peratus kepada pasukan ini dan berharap skuad dapat memberikan persembahan terbaik," titahnya pada Majlis Ramah Mesra bersama pemain dan pengurusan PBNJ di Hotel Thistle, semalam.

Tunku Ismail sebelum itu menyaksikan penyerahan tajaan berjumlah RM2.7 juta kepada pasukan berkenaan daripada Johor Corporation dan anak syarikatnya, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim), Johor Land Berhad, KFC Holdings Bhd. (KFCH); EA Marine Services (RM200,000); Central Malaysian Properties Sd. Bhd. (RM50,000) serta Al-Ikhsan dan Lotto sebanyak RM250,000 dalam bentuk pakaian.y; Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Razak Hassan; Naib Presiden merangkap pengurus pasukan, Datuk Abdul Aziz Sapian serta jurulatih, K. Sukumaran dan pembantu, Wan Mustapha Wan Ismail.

Sementara itu, Md. Jais berkata, skuad Johor musim ini akan dibarisi 10 pemain senior, 14 pemain muda termasuk dua pemain import selepas melalui proses temu duga dan angkat sumpah sejak Oktober lalu.
Beliau menyasarkan untuk menempatkan pasukan itu dalam saingan Liga Super 2013 selain menanam azam untuk merebut sekurang-kurangnya salah satu piala antara Piala FA atau Piala Malaysia.

06-01-1857 KEMANGKATAN SULTAN MUHAMMAD SHAH SELANGOR


Tarikh Peristiwa: 06.01.1857 

Pada hari ini dalam tahun 1857, baginda Sultan Selangor, Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah, mangkat setelah memerintah selama 31 tahun (1826-1857). 

Almarhum Sultan Muhammad bukanlah merupakan Putera daripada isteri tua ayahandanya, tetapi oleh kerana baginda telah dijadikan Raja Muda Selangor pada masa hayat ayahandanya lagi, orang besar-besar Selangor pun mengangkat baginda menjadi Sultan dan bersemayam di Kuala Selangor. 

Baginda tidak secekap Almarhum ayahanda baginda dalam memerintah negeri dan tidak dapat menguasai sepenuhnya raja-raja dan pembesar-pembesar yang memerintah di daerah-daerah lain dalam negeri Selangor. Oleh sebab itu, pada masa pemerintahan baginda, negeri Selangor didapati sebagai sebuah negeri yang mengandungi daerah-daerah yang berpecah-pecah, iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut. Baginda hanya menguasai Kuala Selangor.

Kemangkatan baginda pada hari ini dalam tahun 1857, telah menimbulkan pertelingkahan di antara kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar tentang pemilihan pengganti Sultan. 

Pada ketika itu Raja Muda Mahmud, iaitu putera gahara yang sepatutnya menggantikan Sultan Muhammad masih terlalu kecil. Akhirnya setelah bertelingkah selama hampir-hampir 3 tahun, Raja Abdul Samad Bin Raja Abdullah (anak saudara dan menantu almarhum Sultan Muhammad) dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor pada tahun 1859, dan memerintah selama 39 tahun (1859-1898). 

Perlantikan itu adalah hasil dari desakan Raja Jumaat dari Lukut, seorang kerabat diraja yang paling terkemuka dan berpengaruh di Selangor pada masa itu. 

Zaman pemerintah baginda adalah merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri Selangor kerana berlakunya peperangan saudara untuk merebut takhta dan kawasan dan juga merupakan zaman orang-orang Cina turut membuka lombong bijih bersama-sama orang Melayu, terutamanya Raja Abdullah (adik Raja Jumaat). 

Pembukaan lombong-lombong bijih itu telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar perniagaan yang penting. Pada zaman itu juga pihak British mulai campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Selangor. 

06-01-1897 PERLANTIKAN SULTAN ABDUL SAMAD SEBAGAI SULTAN SELANGOR

H.H. Paduka Sri Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Tengku 'Abdu'llah 1857 - 1898 
Pada hari ini 6 Januari dalam tahun 1857, Sultan Abdul Samad bin  Raja  Abdullah  Ibni  Almarhum Sultan  Ibrahim telah  ditabal sebagai Sultan Negeri Selangor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhamad,  Sultan  Selangor  yang  ketiga  yang  juga  merupakan  ayahanda serta mertua  baginda.  


Pelantikan  Sultan  Abdul  Samad  yang  juga  merupakan  Tengku  Panglima  Raja  yang  berkuasa  di  daerah  Langat  sebagai  Sultan  telah  dibuat  atas  nasihat  Raja  Jumaat  dari  Lukut  yang  telah  mendapat  persetujuan  daripada  empat  orang  pembesar  negeri  yang  lain. 


Raja  Muda  Muhammad,  iaitu  Putera  Gahara  Almarhum  Sultan  Muhammad  yang  sepatutnya  menaiki  takhta  diketepikan  memandangkan  usianya  yang  terlalu  muda.   


Zaman pemerintahan  Sultan  Abdul Samad  merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri  Selangor  di mana berlakunya  perang saudara merebut  takhta  kerajaan  serta  bermulanya  campur tangan  Inggeris  di  Selangor. 


Semasa  pemerintahan  baginda  juga,  perusahaan  bijih telah menarik  orang-orang  Cina  untuk  membuka  lombong  bijih  bersama-sama  dengan  orang  Melayu  serta  telah menjadikan  Kuala  Lumpur  sebagai  bandar  perniagaan yang  berkembang  dengan  pesatnya.  Sultan Abdul Samad telah  berada  di  atas  takhta   selama  selama  41 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1898.

04-01-1963 KEMANGKATAN SULTAN YUSOF IZZUDDIN SHAH, PERAK



Tarikh Peristiwa:    04-01-1963

Sultan Yusuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil
Nasshirruddin al-Makhtarram karamatullah Shah
1948–1963

Pada hari ini 4 Januari dalam tahun 1963, Sultan Perak, Sultan Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah mangkat ketika berumur 72 tahun setelah gering untuk beberapa bulan di Istana Iskandariah Bukit Chandan. Raja Yusof Izzuddin dilahirkan pada 15 Januari 1890 dan baginda ialah salah seorang daripada dua putera Sultan Abdul Jalil. Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu, Hogan School dan Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Selepas itu Baginda telah bekerja di beberapa buah jabatan negeri seperti Jabatan Tanah, Jabatan Daerah dan Mahkamah. Baginda telah ditabalkan pada 15 April 1948.Sejurus selepas kemangkatan Sultan Yusof Izzuddin pada hari ini dalam tahun 1963. Dewan Negeri Perak telah bersidang dan melantik Raja Muda, Raja Idris ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, sebagai Sultan Negeri perak.

04-01-1961 PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KETIGA



Tarikh Peristiwa: 04-01-1961


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
(21 September 1960 – 20 September 1965)

D.K., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei), Knight Commander of St. Michael & St. George (K.C.M.G.), Raja of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross od the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone of Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).

RAJA PERLIS

dan



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong III
Tengku Budriah binti Al-Marhum Tengku Ismail
D.K., S.S.P.J., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K.

RAJA PEREMPUAN PERLIS
Pada hari ini 4 Januari dalam tahun 1961, DYMM  Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong Ketiga bagi Persekutuan Tanah Melayu. Upacara kebesaran ini yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu dari Persekutuan Tanah Melayu serta Gabenor-gabenor Pulau Pinang dan Melaka, berlangsung di dalam penuh  istiadat lama dan baru, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  

Tepat pada jam 10.55 pagi nafiri ditiup menandakan keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hendak masuk ke Balai Rong Seri. Nobat pun dipalu lagu "Raja Berangkat" sebaik-baik saja kedua-dua Baginda masuk ke Balai Rong Seri dengan diiringi di sebelah hadapan oleh Dato' Paduka Maharaja Lela dan panglima-panglima yang membawa cogan aluan dan cogan ugama dan di sebelah belakang oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima yang membawa alatan-alatan kebesaran diraja, iaitu pedang, keris, cokmar, sudang dan tombak berambu. Setelah Baginda berdua bersemayam di atas singgahsana, Dato' Paduka Maharalela pun meninggalkan Balai Rong Seri dan masuk semula dengan diiringi oleh Sohibul Fadilah Tuan Mufti dan panglima-panglima yang membawa sebuah kitab suci AI-Quran, Keris Panjang Diraja, Surat Perisytiharan dan Surat Sumpah.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, selaku Perdana Menteri kemudian membacakan Surat Perisytiharan bagi pertabalan Seri Paduka Baginda. Setelah sudah, Dato' Paduka Seri Maharajalela pula menyembahkan Keris Panjang Diraja kepada Seri Paduka Baginda, lalu dikucup baginda dan menyarungkannya kembali. Baginda kemudian berangkat turun ke tingkat yang kelima, menerima Surat Sumpah lalu membacanya. Setelah sudah, nobat dipalu lagu "Raja Bertabal" dan diiringi oleh tembakan meriam duapuluh satu das tanda memberi hormat. DYMM Raja yang mewakili Majlis Raja-Raja kemudiannya membacakan ucapan tahniah kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diikuti pula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyampaikan tahniah daripada kerajaan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Kedua-dua ucapan tahniah itu kemudiannya diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setelah itu baginda membacakan Ucapan Diraja. Setelah sudah, nobat dipalu lagu "Genderang Perang" dan diiringi kemudiannya dengan tiupan nafiri menandakan Tuan Mufti akan membaca doa selamat. Setelah doa dibacakan, nafiri ditiup sekali lagi dan Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan Singgahsana dengan diiringi paluan nobat lagu "Raja Berangkat". Upacara beristiadat pun selesai.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalullail adalah Raja Negeri Perlis yang kelima. Baginda ialah Putera kepada Almarhum Tuan Syed Hassan Jamalullail dengan isterinya Almarhumah Puan Wan Teh binti Endut. Diputerakan pada 25 November 1920, baginda ialah susunan yang ketujuh daripada Almarhum Tuan Syed Harun Jamalullail Ibni Almarhum Tuan Syed Ahmad, yang berkediaman di Alor Star, Kedah dan kemudiannya menjadi Penghulu di Arau, Perlis.

Baginda menerima pelajaran dari sekolah Melayu di Arau dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris, iaitu di Penang Free School. Pada 4 April 1938, Baginda dilantik menjadi Bakal Raja Perlis menggantikan ayahanda baginda.  Dalam tahun 1939 Baginda berangkat balik dari Pulau Pinang ke Perlis dan menerima latihan sebagai Bakal Raja. Mula-mula Baginda menerima latihan selama 4 bulan di Mahkamah Rendah Kangar dalam tahun 1940. Kemudian Baginda dihantar berlatih undang-undang tempatan di Pejabat Tanah, Kuala Lumpur selama setahun; setelah itu ditempatkan pula di Mahkamah Pengadil, Kuala Lumpur sehingga pecah perang Dunia Kedua pada akhir tahun 1941. Pada tahun itu juga Baginda telah berkahwin dengan Tengku Budriah binti AI-Marhum Tengku Ismail, cucucunda bekas Raja Negeri Petani yang berkeluarga rapat dengan DYMM Sultan Kelantan.

Pada 4 Disember 1945, Baginda dilantik menjadi Raja Negeri Perlis dan ditabalkan pada 12 Mac 1949. Pada 21 September 1960, Baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ketiga dan ditabalkan dalam satu istiadat yang gilang-gemilang pada hari ini dalam tahun 1961. Apabila lahir Malaysia pada 16 September 1963, Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama.  

Sultan Johor: Shape up or ship out

Sunday March 7, 2010
By LOURDES CHARLES and NELSON BENJAMIN
JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar wants politicians and the Johor civil service to buck up and serve the people, failing which they will be booted out.
The Johor ruler stressed that this was not a “Santa Claus” government and wanted everybody in the state administration to work hard and produce results.
“They must buck up and if they cannot, then they must get out. I am fair to everyone (Opposition or ruling government).
New era in Johor: Sultan Ibrahim expecting everyone in the state administration to work hard and produce results.
“Even to the present government, I tell them to buck up and shape up,” he said, adding that he had not wanted to voice out previously out of respect for his late father.
However, now as the new Johor ruler, Sultan Ibrahim said he wanted to speak his mind and give suggestions.
“This is a new millennium. A new era and as a new Sultan, I expect a lot of changes in my state,” he said during an exclusive interview at Istana Pasir Pelangi here recently.
Sultan Ibrahim did not mince his words when he said several state executive councillors were not performing up to expectations.
“All these people were appointed during my late father’s time. I have a lot of respect for my father but now, I am the Sultan and I expect a lot of changes,” he said, singling out the tourism sector as one where there had been “zero effort” to promote arts and crafts in Johor.
Sultan Ibrahim pointed out that state exco members should come up with new ideas to improve tourism in the state, suggesting that a survey be carried out to see how this could be done.
Among his first decrees to bring about changes and development in Johor, is the directive that all state government agencies give detailed briefings on matters relating to the administration and finance of their respective departments.
“In short, I want to know everything and nothing must be hidden from me,” he said, reminding the agencies not to give false reports as he had informers in every nook and corner.
Sultan Ibrahim said the first briefing would be from Majlis Agama Islam Johor and he expected them to provide him with figures on their spending of zakat money, collection, those who had yet to pay and religious schools’ curriculum.
He said once he had finished with the agencies in Johor Baru, he would move on to the districts and get briefings from all levels, including district officers and the village headmen.
“I will question them and if I suspect something amiss, they will be in for a royal shelling. I want everyone to always be on their toes,” he said, adding that he had also directed some agencies to be audited.
He said he would also give ideas and views on ways to better the public delivery system during these sessions.

Aeronautik bakal ke Batu Pahat


ARKIB : 28/12/2011


SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan penuntut-penuntut program Aeronautik UTHM di LIMA 2011 di Langkawi, baru-baru ini.

BATU PAHAT 27 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat gerai pameran Aeronautik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011, baru-baru ini.

Dalam sesi lawatan, itu, baginda diberi penerangan ringkas oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik (JKA), Profesor Ir. Dr. Abas Ab. Wahab bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkenaan perkembangan program Aeronautik di UTHM.

Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM turut diberi taklimat tentang perancangan pembangunan Kampus Tanjung Labuh, Batu Pahat yang bakal menjadi lokasi utama pengajian aeronautik di universiti ini pada masa akan datang.

Sultan Ibrahim juga meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para penuntut Kejuruteraan Aeronautik UTHM yang turut berada di pameran tersebut.

UTHM juga berbangga apabila ruang pameran universiti itu dikunjungi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkesempatan meninjau bahan pameran dan mendapatkan penerangan berhubung perkembangan pengajian Aeronautik di UTHM.

Menurut laman web UTHM, pasukan Aeronautik UTHM telah dijemput oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyertai pameran KPTM di LIMA 2011 baru-baru ini.

UTHM mempamerkan tiga program aeronautik yang sedang dan akan dikendalikan oleh UTHM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Juruterbang Profesional, Penyelenggaraan Pesawat dan Kawalan Trafik Udara) dengan kepujian.

Universiti itu turut mempamerkan model pembangunan kampus Tanjung Labuh, model pesawat terbang dan video korporat aeronautik UTHM.

DATO’ WAN IDRIS WAN IBRAHIM – MENTERI BESAR JOHOR KE-9



Johor sebelum merdeka amat terkenal dengan banyaknya rakyat yang berpelajaran dan tokoh cerdik pandai. Cendekiawan yang lahir telah menyumbang jasa dan menjana kemajuan serta pemodenan negeri Johor. Sumbangan mereka telah mempercepat kemajuan dan pemodenan Johor semenjak era Temenggong hingga ke hari ini. Dasar pelajaran yang sangat diutamakan sejak zaman Temenggong Johor iaitu Temenggong Abd Rahman pada 1820-an dan anakandanya Temenggong Daing Ibrahim pada 1840-an. Dasar ini telah diteruskan serta menjadi dasar, pada zaman pemerintahan Temenggong Abu Bakar yang kemudiannya bergelar Maharaja pada tahun 1868 dan Sultan Johor pada1885, telah mengangkat negeri Johor sebagai negeri Melayu yang termaju dan moden.

Maharaja Abu Bakar sangat bijak mengeksploitasi orang-orang yang mempunyai pendidikan dan pengetahuan. Pada zaman baginda, semua kerabat diraja yang dekat dengan baginda sama ada lelaki atau perempuan tiada lagi yang buta huruf. Banyak antara mereka berpelajaran tinggi. Mereka bukan sahaja berpengetahuan agama tetapi juga berpengetahuan tentang kebudayaan asing terutamanya Inggeris, Jepun dan Cina. Selain galakan dan dasar pemerintah Johor dalam pelajaran, pengetahuan dan pengalaman luas yang diperoleh adalah juga hasil daripada pemerhatian dan pengaruh pelbagai budaya dan cara hidup di Singapura.
Kemudahan dan para sarana kehidupan yang terdapat di Singapura yang diamalkan dan disediakan oleh Inggeris dan orang-orang asing terutama dari Eropah atau barat adalah lebih teratur, bersistematik dan baik. Perbenturan nilai-nilai kebudayaan asing yang tinggi di Singapura telah diteladani khususnya oleh kaum kerabat sultan dan para pembesar tanpa meminggirkan nilai budaya Melayu yang diwarisi.

Seorang tokoh Johor yang terkenal, lahir daripada dasar ini ialah Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim. Beliau merupakan generasi kedua dalam pelaksanaan dasar memberi latihan kepada kaum kerabat dan anak-anak Melayu yang terpilih menjadi bakal pembesar Johor. Hal ini kerana Dato’ Wan Idris telah dipilih oleh Sultan Abu Bakar untuk dilatih dan dididik serta dihantar ke England tetapi menyumbang bakti kepada Sultan Ibrahim berikutan kemangkatan baginda pada tahun 1895.

Ketokohan Dato’ Wan Idris pula adalah begitu unik kerana menjadi bukti beberapa dasar dan kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dalam mengatasi masalah yang baginda hadapi ketika memperluaskan pengaruh dan kuasa. Sultan Abu Bakar begitu bijak menonjolkan diri dan mengambil kesempatan di tengah-tengah kancah kelemahan Kesultanan Melayu Johor yang berdepan dengan kuasa besar asing iaitu Inggeris dan Belanda.

Pengenalan tokoh Johor melalui Dato’ Wan Idris, juga telah menyingkap dan memperlihatkan satu nostalgia kedudukan keluarga pembesar tradisional Johor yang berdaulat iaitu Temenggong Muar. Oleh kerana itu, Dato’ Wan Idris adalah ikon kerabat Temenggong Muar yang menjadi perantara dan kejayaan Sultan Abu Bakar menguasai negeri Johor secara keseluruhannya. Dengan mengetahuiketokohan Dato’ Wan Idris, beberapa dasar dan tindakan Sultan Abu BakarJohor telah menjadi bukti sejarah, sama ada berbentuk diskriminasi mahupun kebijaksanaan telah diperlihatkan.

Tindakan mengeksploitasi kaum kerabat dan rakyat yang berpelajaran tinggi ini bukanlah secara kebetulan tetapi adalah melalui perancangan rapi dan kesedaran yang tinggi. Hal ini terdorong daripada nasihat dan pemerhatian pembesar-pembesar Johor terhadap desakan Inggeris yang mempunyai tujuan dan bercita-cita menguasai Singapura dan Johor milik Sultan dan Temenggong. Maharaja Abu Bakar telah menyambut baik saranan para pembesar bagindadan saranan Inggeris supaya mengutamakan pelajaran moden bagi persiapan diri memajukan dan meluaskan kuasa di negeri Johor.

Maharaja Abu Bakar yang telah mengangkat diri baginda menjadi sultan Johor pada tahun 1885 dengan bantuan Inggeris, bukan sahaja menjadikan pelajaran sebagai dasar utama dalam pemerintahan baginda tetapi juga menjadikan pelajaran sebagai wadah mengubah minda dan semangat jati diri yang tertumpu pada pembaikan dalam kehidupan seharian. Baginda juga menjadikan bidang pelajaran untuk memperluaskan pengaruh, sokongan, kesetiaan dan keterikatan secara langsung dan tidak langsung.

Rakyat yang berpelajaran telah diberikan jawatan dan pangkat yang wajar. Mereka yang terbaik diambil bekerja disamping baginda. Akhirnya kaum kerabat, pembesar dan rakyat yang tidak mengiktiraf keturunan temenggong menaiki tahta sultan, terpaksa akur dengan sendirinya. Langkah baginda ini amat bijak bagi melahir dan mewujudkan perpaduan minda dan wawasan fikiran. Hasilnya, rakyat Johor telah menerima dan mengiktiraf baginda sebagai sultan Johor yang bijaksana dan berdaulat.

Strategi dan kebijaksanaan baginda Sultan Abu Bakar terbukti dengan kelahiran tokoh-tokoh birokrasi Johor yang menjadi pembesar dan berkhidmat dengan penuh setia kepada baginda. Mereka berjaya mengisi kekosongan dan melaksanakan pemodenan yang dicabar oleh Inggeris. Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim selaku generasi kedua dalam dasar ini telah mencapai kemuncak kerjayanya apabila beliau menjadii Menteri Besar Johor Ke-9 dan sebagai penasihat pribadi kepada baginda sultan. Beliau merupakan penasihat rasmi dan pelaksana dasar dan titah perintah sultan. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim yang memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959.

Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim telah mencurahkan bakti sejak berusia 10 tahun pada 1898 sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1973. Secara rasminya, beliau telah berkhidmat kepada Sultan dan kerajaan Johor sejak tahun 1898 hingga keusia bersara wajib pada tahun 1955. Kemudian beliau telah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim, melantik beliau sebagai Menteri Besar Ke-9mulai 1 Oktober 1955 sehingga 16 Jun 1959.

Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim telah dilahirkan di Segamat Johor pada 13 Oktober 1888. Beliau adalah dari keturunan Temenggong Muar. Kaum kerabat beliau banyak di Jementah, Pengkalan Kota dan Lubok Batu Segamat. Saudara-mara beliau juga banyak terdapat di Pagoh Muar. Beliau adalah dari keturunan Temenggong Muar yang sampai salasilah dan susurgalur kepada Dato’ Bendahara Skudai dan Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Kota Tinggi. Keluarga beliau mewarisi jawatan Temenggong Muar secara turun-temurun kerana bercantum juga dengan darah keturunan Bendahara Melaka, Dato’ Bendahara Tepok yang telah membuka Segamat ketika angkatan Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka semasa serangan Portugis. Bendahara telah mangkat di Lubok Batu, Segamat dan Sultan telah menabal anaknya memerintah Segamat dengan jawatan bertaraf menteri. Jawatan Temenggong Muar I, kemudian telah ditabalkan oleh Sultan Johor kepada ahli warisnya iaitu Dato’ Sagar Diraja pada abad ke 17 ketika beribu negeri di Kota Tinggi.

Ketika Sultan Abu Bakar meraikan Majlis Pertabalan Tahta Sultan di Bandar Maharani Muar pada tahun 1888, baginda mendapati Temenggong Muar dan kaum kerabatnya tidak hadir. Baginda amat sedar dan faham ketidakhadiran Temenggong dan kaum kerabatnya adalah kerana berkecilhati terhadap baginda. Hal ini adalah berikutan pengambilan Muar Kesang oleh Sultan Abu Bakar dan meletakkan Segamat di bawah jajahan pemerintahan baginda yang menjadi Sultan Johor dan diiktiraf oleh Inggeris. Ketidakpuasan hati Temenggong Muar dan kaum keluarganya bertambah menebal apabila Sultan Abu Bakar melantik kerabat baginda sendiri menjadi Temenggong Johor dan mempunyai kuasa sebagai wakil raja di seluruh negeri Johor.

Sultan Abu Bakar telah menunjukkan pengaruh dan kuasa dengan membuka Bandar Maharani pada tahun 1884 ketika masih bergelar Maharaja. Baginda telah membuka Bandar Maharani sebaik sahaja baginda menang dalam perang saudara yang terkenal sebagai Perang Jementah. Peristiwa Perang Jementah berlaku pada tahun 1879 kerana putera sulong Almarhum Sultan Ali , Tengku Alam tidak bersetuju dan berpuas hati, waris tahta Sultan diberikan oleh ayahanda baginda kepada adindanya yang masih kecil. Penyerahan Kesang –Muar kepada Maharaja Abu Bakar juga sangat dimusykilkan dan banyak muslihat. Tengku Alam menganggap ia tidak sah dan menuntut Maharaja Abu Bakar dan Inggeris mengembalikan semula hak baginda.

Walaupun kuasa Temenggong Muar di Segamat telah dimansuhkan, Sultan Abu Bakar dengan bijaksananya telah berusaha mengambil hati dengan memberi kebenaran menggunakan terus gelaran Temenggong Muar. Temenggong serta kaum kerabatnya di Segamat diberi pencen bulanan seumur hidup. Kuasa Temenggong Muar dihadkan setaraf penghulu tetapi kebanyakan keluarga Temenggong tidak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka . Ini adalah kerana mereka terasa seperti dipaksakan akibat dari peristiwa Perang Jementah.

Bagi kaum kerabat Temenggong Muar, kedaulatan dan kuasa Temenggong Muar seolah-olah berdiri sendiri turun temurun di bawah kedaulatan Sultan Johor Pahang. Mereka tidak menganggap dan tidak melibatkan diri dengan percaturan politik yang dimainkan oleh Inggeris bersama Temenggong Johor. Mereka juga menganggap tindakan Temenggong Johor dan Inggeris telah melanggar adat istiadat kesultanan Melayu bernegara dan beraja. Mereka lebih suka duduk di bawah kuasa Pahang yang mempunyai pertalian dari segi kuasa dan juga hubungan darah keturunan. Tetapi pada masa itu Pahang juga telah mengambil jalan sendiri dan tidak lagi duduk di bawah kuasa Sultan Johor di Riau mahupun di Singapura.

Setelah menang dalam perang saudara iaitu Perang Jementah, Maharaja Abu Bakar dengan segera menguatkan pengaruh baginda dengan membuka Bandar Maharani dan mendirikan balai-balai polis di sepanjang Sungai Muar, Bukit Kepong, di Pagoh hingga ke Segamat. Baginda memang menyedari Temenggong Muar dan kaum kerabatnya berkecil hati dengan baginda. Baginda juga mengetahui sebenarnya kerabat Temenggong Muar juga mempunyai pertalian saudara dengan baginda dari jalur Bendahara Tun Habib Abdul Majid.

Sehubungan dengan itu, baginda telah mengambil inisiatif memudik ke hulu melalui sungai Muar dengan kapal api baginda dan sampai di Segamat. Baginda telah menziarahi Temenggong dan kaum kerabat beliau. Baginda juga tidak melucutkan gelaran Temenggong yang dipakai turun temurun kecuali kuasanya dihadkan hanya di beberapa kampung di Segamat. Untuk mebuktikan bahawa baginda masih mengiktiraf Temenggong dan kaum kerabatnya sebagai saudara, baginda bercadang mengangkat anak-anak lelaki Temenggong Muar menjadi pembesar baginda di Johor Bahru. Malangnya Temenggong Muar tidak mempunyai anak-anak lelaki yang ramai sebagaimana dikehendaki oleh Sultan Abu Bakar.

Walau bagaimanapun Sultan telah meninggalkan pesan supaya Dato’ Temenggong menghantar anak atau keturunan beliau ke Johor supaya dididik, dilatih dan ditempatkan ditempat yang sewajarnya mengikut kepandaian, tahap pendidikan dan kebolehan. Baginda berpesan supaya menghantar pada bila-bila masa Temenggong Muar suka tetapi hendaklah anak yang dihantar itu masih kanak-kanak berusia 7 hingga 10 atau 15 tahun, baik perilaku dan cerdik. Jika menghantar anak yang telah berusia 10 tahun mestilah telah tahu membaca, menulis dan mengira. Sultan Abu Bakar bijak membuat perancangan kerana anak-anak yang masih kecil mudah dibentuk dan dipengaruhi. Matlamat utama baginda adalah bagai serampang dua mata. Silaturahim tertaut, permusuhan atau pertelingkahan keluarga dapat dibentur dan anak-anak itu sendiri menjadi pendokong dan pelaksana dasar pemerintahan baginda yang dilakukan oleh mereka dengan cekap berikutan pelajaran yang dibekalkan.

Temenggong Muar telah menghantar anak saudara beliau, Wan Idris yang pada ketika itu beusia 10 tahun dan abangnya, Wan Abd Samad berusia 16 tahun pada tahun 1898. Temenggong Muar tidak dapat menghantar cepat kerana banyak mendengar nasihat kaum keluarga yang melihat usaha itu sebagai muslihat untuk menundukkan pengaruh dan kuasa keluarga Temenggong Muar.Beliau lambat mengirimkan kanak-kanak lelaki dari keturunannya, juga kerana beliau sendiri tidak banyak memiliki anak lelaki. Beliau dianggap terpaksa menghantar Wan Idris dan abangnya kerana menunai janji kepada Sultan Abu Bakar. Lebih-lebih lagi Sultan Abu Bakar baru saja mangkat pada tahun 1895.

Sebelum baginda mangkat, beberapa kali baginda menghantar utusan supaya kerabat Temenggong Muar menghantar kanak-kanak lelaki, ahli keluarga temenggong bagi menyambung silaturahim kekeluargaan kerabat Temenggong Muar dengan Kerabat Temenggong Johor yang kini telah menaiki tahta sultan bagi negeri Johor Dan Negeri-negeri Jajahannya. Para utusan Sultan Abu Bakar juga sering melaporkan bahawa Wan Idris dan abangnya adalah kanak-kanak yang cerdik dan aktif dalam keluarga Temenggong. Pada awalnya, ayahanda Wan Idris iaitu Wan Ibrahim bin Wan Hussein juga berkeberatan untuk menyerahkan anak-anak lelakinya kepada Temenggong Muar untuk diserahkan kepada Sultan Johor. Isterinya Wan Zaleha Shahadan juga tidak merelakannya. Tetapi beliau terpaksa akur memandangkan demi masa depan anak beliau dan juga kepentingan keluarga bagi menamatkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Sultan Johor.

Wan Ibrahim, saudara kepada Temenggong Muar dianggap lebih terbuka fikiran kerana biasa berdagang dan merantau. Beliau acap memberi pandangan dan nasihat kepada Temenggong Muar. Beliau dapat melihat perubahan dan kemajuan di luar dan dapat membayangkan masa depan dan nasib anak-anaknya. Beliau juga memujok agar anak-anaknya pergi, agar dapat melanjutkan pelajaran dan berbakti kepada Sultan. Beliau terpaksa menerima kenyataan terhadap kedudukan Sultan Abu Bakar yang bertambah kuat dan berpengaruh. Meskipun terasa pahit jika dilihat dari segi kejatuhan maruah dan martabat keluarga, beliau percaya bahwa untuk mendapatkan hak kuasa Temenggong Muar seperti sebelum Perang Jementah adalah mustahil.

Memandangkan banyak faedah dan demi masa depan yang baik bagi anak-anaknya berikutan keikhlasan Sultan Abu Bakar, Wan Ibrahim yang memiliki seramai 9 orang anak dan ramai antaranya adalah lelaki, telah mengambil inisiatif membantu saudaranya, Temenggong Muar. Beliau juga berpendapat bahawa, ini adalah peluang yang sangat baik kerana ada niat murni untuk mentautkan semula perhubungan darah seketurunan antara keturunan Temenggong Muar dengan Sultan Abu Bakar.

Wan Ibrahim sendiri telah menyiapkan persediaan awal anak-anaknya, sebelum berangkat ke Johor Bahru. Beliau telah mengajar anak-anaknya belajar membaca, menulis dan mengira. Beliau juga menghantar anak-anaknya belajar mengaji, bersilat dan belajar bahasa Inggeris. Wan Idris dan abangnya sangat suka belajar dan Wan Idris sendiri mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu persilatan. Ketangkasan beliau dalam ilmu persilatan atau pertahanan diri secara tradisional ini melebihi dari abang-abang beliau sendiri. Minat beliau ini telah mendorong dan mempengaruhi beliau menjadi pegawai tentera Pasukan Timbalan Setia atau Askar Tuanku (JMF) yang cemerlang dan cekap.

Ketika Wan Idris sampai ke Johor Bahru, beliau telah pun pandai membaca, mengira dan menulis. Beliau juga boleh menulis rumi dan mengerti sedikit bahasa Inggeris meskipun ketika itu beliau belum berusia 10 tahun. Ramai pembesar Johor telah menjadikan beliau sebagai anak angkat kerana beliau adalah kanak-kanak cerdik dan disukai ramai. Di sekolah, beliau adalah murid yang pintar dan sering dipuji oleh guru-guru Inggeris kerana budikerti yang tinggidan bersopan santun. Beliau juga sering mendapat markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran.

Semasa di alam persekolahan di Johor Bahru, beliau juga telah menjadi anak angkat kepada Sultan Ibrahim. Beliau bersahabat baik dan bercampur bebas dengan putera-putera sultan dan anak-anak kaum kerabat diraja serta anak-anak pembesar Johor. Beliau juga telah dididik oleh Dato’ Jaafar Muhamad yang menjadi Menteri dan Penasihat Sultan ketika itu. Beliau juga berkawan rapat dengan Dato’ Onn anak Dato’ Jaafar Muhamad yang juga menjadi anak angkat kepada Sultan Ibrahim. Wan Idris lebih tua 7 tahun daripada Dato’Onn. Dato’ Onn telah dilahirkan pada tahun 1895. Wan Idris telah belajar di Sekolah Melayu Johor Bahru bersama dengan anak-anak pembesar dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Bukit Zaharah hingga tahun 1903.

Pada tahun 1904 beliau telah terpilih mengiringi rombongan Diraja Sultan Ibrahim berangkat ke England. Rombongan Diraja Sultan Ibrahim berangkat keEngland bertujuan meneruskan hubungan baik dengan Baginda Queen yang dipelopori ayahanda baginda, Sultan Abu Bakar. Rombongan Diraja itu juga bertujuan sebagai memenuhi undangan raja England dan mengiktiraf tahta sultan Johor yang diwarisi Sultan Ibrahim. Selain itu, adalah untuk membincangkan pembinaan jalan keretapi di Johor. Sultan Ibrahim juga meneruskan tradisi menghantar pelajar-pelajar tajaan Sultan Johor belajar di England terutamanya dikota London. Wan Idris dan Dato’ Onn adalah antara pelajar yang mengiringi putera-putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Mahkota Ismail, Tengku Abu Bakar Bendahara dan Tengku Ahmad Temenggong. Mereka belajar di Sulfork England.

Sultan Ibrahim telah mengadakan majlis kenduri dan doa selamat secara besar-besaran pada 1 Januari 1904 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru sempena meraikan rombongan Diraja yang akan berangkat ke England. Wan Idris turut serta menjadi orang penting yang diraikan dari kumpulan pelajar yang akan mengiringi putera-putera Sultan Ibrahim menuntut di England. Rombongan Sultan berserta pembesar-pembesar Johor telah berangkat dengan kapal melalui Singapura pada 15 Januari 1904 dan semua pejabat kerajaan diberi cuti umum sempena menghormati hari keberangkatan Diraja itu.

Pada tahun 1908, Wan Idris bin Wan Ibrahim telah berangkat pulang ke tanah air mengiringi Tengku Mahkota yang enggan meneruskan pelajaran berikutan penghantaran pulang Dato’ Onn oleh pihak Inggeris. Inggeris memberi alasan bahwa Dato’ Onn dan pengiring putera raja yang lain, tidak sesuai bersekolah bersama-sama putera-putera raja Johor kerana mereka dianggap orang kebanyakan manakala tempat di Sulfork England hanya dikhususkan kepada putera-putera raja saja. Apa yang berlaku sebenarnya ialah Tengku Mahkota Ismail tidak mahu berjauhan dan berpisah dengan Dato’ Onn dan sahabat-sahabat baginda yang lain. Mereka adalah kawan sepermainan dan membesar bersama sejak kecil di istana Johor.

Pihak Inggeris pula mempunyai agenda tersendiri untuk mempengaruhi putera-putera bakal menjadi raja. Dato’ Onn didapati terlalu bijak sehingga ada diantara guru-guru Inggeris di situ tidak menyangka bahawa beliau adalah anak Melayu. Penguasaan bahasa Inggeris dan Perancisnya amat baik dan diakui setaraf penutur ibunda. Begitu juga dengan akhlak putera-putera Sultan Ibrahim yang lain dan juga pelajar-pelajar lain yang mengiring mereka termasuk Wan Idris. Mereka didapati mempunyai kepintaran melebihi anak-anak pembesar dan kerabat diraja Inggeris di situ. Kepintaran mereka menonjol adalah wajar kerana mereka adalah anak-anak Johor yang terpilih. Sekembali mereka ke Johor, Dato’ Onn dan Tengku Mahkota Ismail telah dititah melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala, Kangsar. Manakala Wan Idris mula berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Setiausaha Kerajaan.

Pada tahun 1911 beliau telah diserap ke Pasukan Timbalan Setia Johor menjadipegawai kadet dan kemudian menjadi penolong pemungut hasil dan cukai pada tahun 1915. Pada tahun 1919 beliau berkhidmat di Segamat dan telah membangunkan makam Dato’ Bendahara Tepok dan Makam Dato’Sagar Diraja yang terdapat di Kampung Lubok Batu, Segamat. Beliau juga melibatkan diri dalam Pasukan Sukarela Askar Timbalan Setia (JVMF) dimana saja beliau berkhidmat. Wan Idris sangat dihormati dan sangat berdisiplin dalam menjalankan tugasnya.

Beliau juga tidak melupakan saudara-mara dan asal-usulnya di Segamat. Kaum kerabat dan penduduk Segamat sangat berbangga dengan kewibawaan dan ketokohan Dato’ Wan Idris. Beliau dianggap benar-benar mewarisi peradapan keturunan bangsawannya, iaitu darah Temenggong, Bendahara dan juga kerabat Diraja. Beliau juga amat menitik beratkan keutamaan melanjutkan pelajaran di kalangan keluarga dan juga penduduk Segamat. Beliau sering pulang dan menziarahi kampung halamannya di Segamat sepanjang beliau berkhidmat dengan Kerajaan Johor di luar Segamat. Berikutan dari itu ramai juga tokoh-tokoh terkenal dan cendikiawan lahir dari Segamat.

Dato’ Wan Idris juga berpegang kuat kepada agama. Beliau sangat menghormati para ulamak dan sering mengadakan kenduri tahlil mengingati jasa-jasa mereka yang telah meninggal dunia di masjid-masjid di Segamat. Beliau juga menggalakkan pembelajaran agama sistem pondok dibangun di Segamat sebagai alternatif kepada orang kampong yang tidak mahu atau mampu menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan. Pada tahun 1930, ketika Dato’ Abdullah Esa menjadi Persuruhjaya Segamat, Dato’ Wan Idris telah meminta agar kubur datuk nenek moyangnya dipulihara. Beliau amat peka kepada kepentingan sejarah dan asal usul. Permintaan beliau telah dilaksanakan oleh Dato’ Abdullah. Makam-makam lama didaftar, ditembok, dibuat bumbung dan pagar.

Ketika berkhidmat sebagai Persuruhjaya Kastam Muar pada tahun 1920-an, beliau telah menubuhkan Pasukan Gelap Kastam iaitu satu kumpulan penyiasat dan pengesan kegiatan penyelupan barang-barang tanpa membayar cukai kepada kerajaan. Pasukan ini berpakaian awam dan sering melakukan penyamaran. Mereka bukan sahaja mendapat maklumat daripada orang awam tetapi juga daripada angota-angota kongsi gelap Melayu dan Cina.

Di Muar, kongsi gelap Melayu yang bekerjasama dengan kerajaan termasuk Jabatan Polis, Jabatan Kastam, Pejabat Pemungut hasil dan Cukai dan Pasukan Sukarelawan Timbalan Setia (JVMF) ialah Pasukan Rimau Muar yang diketuai oleh Mohd Yasin JMF. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Daato’ Wan Idris, Orang Kaya Muar dan pegawai-pegawai kerajaan Muar. Kumpulan Rimau dipercayai ditaja oleh pihak Istana dan pembesar Johor secara tidak rasmi. Ini adalah kerana Mohd Yasin sendiri adalah bekas Askar Tuanku (JMF) dan mengenali hampir semua pembesar dan pegawai tinggi kerajaan secara sulit termasuk Dato’ Wan Idris. Mereka pernah bersama-sama semasa berada dalam Pasukan Timbalan Setia (JMF).

Mohd Yasin JMF mengambilalih kepimpinan Rimau Muar dari bapa saudara pupunnya Hj Abd Kadir bin Yusuf, bekas Askar Tuanku (JMF) dan anak Orang Kaya Yusuf Muar. Kumpulan Rimau telah ditubuhkan oleh Abdullah Teuko, datuk Mohd Yasin JMF sebelah ibu pada tahun 1895. Datuk Mohd Yasin sebelah bapa iaitu Hj Mohd Noh ialah peneroka Bakri dari Bandar hingga ke Batu 5 dan menjadi naib penghulu Bakri tidak bertauliah dari 1871 hingga 1900. Nenek Mohd Yasin JMF iaitu isteri Hj Mohd Noh, Tun Zainab bt. Tun Mansor mempunyai pertalian darah dengan Wan Idris Wan Ibrahim. Bapa Tun Zainab iaitu Tun Mansor adalah kekanda kepada Sultan Ahmad Pahang dan keluarga ini mempunyai datuk nenek moyang yang sama iaitu Bendahara Tun Habib Abd. Majid, Dato’ Skudai mahupun Bendahara Tepok.

Sehubungan dengan itu Wan Idris mendapat kerjasama sepenuhnya dari Mohd Yasin JMF. Malah kumpulan Rimau menjadi mata dan telinganya. Kumpulan Rimau ialah kongsi gelap Melayu prokerajaan yang menguasai Bandar Maharani secara tidak rasmi. Kumpulan Rimau telah dibubarkan oleh Mohd Yasin JMF pada Disember 1947. Pasukan Gelap Kastam dengan bantuan Kumpulan Rimau, sering berjaya membanteras aktiviti penyeludupan terutama terhadap getah pada masa itu. Jabatan Kastam dan Pejabat Pemungut Cukai Muar mencatat rekod yang cemerlang membanteras penyelupan dan telah memungut hasil yang tinggi sebelum perang hingga perang meletus pada tahun 1945. Kerajaan berjaya memperoleh hasil yang banyak dari penggunaan sistem kupon yang diperkenalkan.

Pada tahun 1930-an, Wan Idris bin Wan Ibrahim bertugas di Johor Bahru. Kecekapan dan disiplin tenteranya telah mempengaruhi etika beliau bekerja. Di Johor Bahru beliau ditugaskan sebagai Pemungut Cukai dan Hasil Tanah Johor Bahru. Beliau telah melaksanakan tugas tersebut dengan baik. Bandar Johor Bahru amat pesat membangun dan dalam bidang ini beliau dianggap sampai kepada kemuncaknya apabila beliau dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Hasil Tanah Johor pada tahun 1935.

Mengikut rekod, disepanjang perkhidmnatan beliau ketika berkhidmat di Pejabat Pemungut Cukai dan Hasil Tanah dari tahun 1910 hingga 1935, hasil perbendaharaan Kerajaan Negeri Johor meningkat dengan begitu tinggi. Sebagai perbandingan, pada tahun 1912, pungutan hasil Johor ialah 4,348,642 ringgit, (Empat juta tiga ratus empat puluh lapan ribu dan enam ratus empat puluh dua ringgit), pada tahun 1920 pungutan hasil telah meningkat kepada 11,838,776 ringgit (sebelas juta lapan ratus tiga puluh lapan ribu dan tujuh ratus tujuh puluh enam ringgit) dan pada tahun 1934, pengutan hasil meningkat dengan perolehan 16,660,594 ringgit (enam belas juta enam ratus enam puluh ribu dan lima ratus sembilan puluh empat ringgit).

Perbandingan gaji bulanan berikut dapat membandingkan kuasa beli atau nilai ringgit ketika itu yang dapat menggambarkan betapa banyak atau besar hasil yang dikutip oleh kerajaan Johor. Pada tahun 1912, gaji serendah 18 ringgit sebulan dapat menampung sebuah keluarga untuk menyara hidup selama sebulan. Pada tahun 1920 gaji 30 ringgit dan pada tahun 1934 gaji kakitangan kerajaan serendah 40 ringgit adalah cukup untuk menyara sebuah keluarga yang terdiri ibu, bapa dan 4 orang anak dengan selesa.

Sehubungan dengan kejayaan Dato’ Wan Idris yang telah meningkatkan kutipan hasil dan cukai kerajaan, beliau telah menjadi antara pegawai kanan Sultan Ibrahim yang sangat dikasihi dan dipercayai oleh baginda. Ini adalah kerana, ketika baginda mengambil teraju pemerintahan, kedudukan kewangan perbendaharaan dan khazanah negeri Johor berada di tahap yang amat membimbangkan. Pihak Inggeris sering mengambil kesempatan menegur keadaan kedudukan kewangan negeri Johor dan menuduh ketidakcekapan dan berlaku pemborosan. Ini adalah satu daripada helah dan tekanan Inggeris untuk mencari peluang campur tangan dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Johor.

Pada hakikatnya, Johor dikaca mata Inggeris adalah sebuah negeri yang kaya. Hasil buminya dijangka dapat memberi keuntungan yang sangat besar kepada Inggeris jika mereka dapat menguasainya. Ini disedari oleh Sultan dan pembesar-pembesar Johor. Sultan telah menunjukkan kekayaan bagindadengan menghadiahkan kerajaan Ingeris dua skuadron pesawat terbang ketika Perang Dunia Pertama yang bernilai jutaan paun British. Pada tahun 1935, sekali lagi Sultan Ibrahim menghadiahkan 500,000 paun Inggeris (lima ratus ribu paun) kepada King George sempena Hari Keputeraan baginda. Wang hadiah Sultan Ibrahim itu telah digunakan membuat pengkalan tentera laut Inggeris di Singapura.

Kemakmuran Johor yang kaya ini juga diperlihatkan oleh sultan Johor dengan membina pelbagai bangunan kerajaan dan juga istana-istana baginda dan kaum kerabat baginda diseluruh negeri Johor. Bangunan kerajaan yang paling banyak dibina di seluruh Johor ialah bangunan sekolah. Istana-istana hinggap di setiap daerah diperbaiki, diperbesar malah ada yang dibina baru. Sultan juga sering berangkat ke Eropah berserta rombongan keluarga Diraja atau bersama rombongan pembesar-pembesar baginda. Baginda juga sering keluar negara untuk menyertai sukan lumba kuda yang sangat diminati baginda. Penasihat kewangan baginda selain pembesar-pembesar kanan Johor yang lain ialah Dato’ Wan Idris sendiri.

Menjelang tahun 1920-an hingga awal 1940-an, perbelanjaan dan kemewahan sultan Johor ini mula mendapat perhatian dan kritikan rakyat Johor sendiri. Antara tokoh yang sangat berani menegur sultan dalam urusan perbelanjaan kewangan ialah Dato’ Onn Jaafar dan Dato’ Abd Rahman Mohd Yasin. Terdapat juga penulis-penulis Melayu menulis ketidakwajaran Sultan Ibrahim menggunakan wang negeri mahupun wang sendiri kepada perkara yang tidak berfaedah dan pembaziran. Pandangan dan kritikan dari fikiran anak-anak Melayu yang bersamangat untuk memperbaiki standard hidup Melayu ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh Sultan Ibrahim. Beliau hanya mendengar dari Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Jemaah Menteri Johor.

Dato’ Wan Idris adalah tokoh pembesar yang dilihat menyebelahi pendirian Sultan Ibrahim. Beliau berpendapat, sultan telah menjalankan tanggongjawab baginda dan adalah hak baginda bagaimana untuk membelanjakan wang milik baginda. Dato’ Onn pernah mengkritik baginda sultan yang menggunakan tenaga Askar Timbalan Setia dan tahanan-tahanan penjara berkerja di ladang baginda tetapi Dato’ Wan Idris tetap mempertahankan tindakan sultan sebagai mengurangkan pembaziran kerana jika tidak dikerah bekerja mereka tidak berbuat apa-apa manakala mereka diberi gaji dan sara hidup samada Pasukan Timbalan Setia mahupun banduan di penjara.

Dato’ Wan Idris pada era sebelum Perang sangat dekat dengan sultan. Ketika Perang Dunia Kedua dan Johor diperintah Jepun, Dato’ Wan Idris menjadi ADC Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim dan pembesar Johor diberi keistimewaan memerintah mengikut arahan Jepun kerana baginda pernah menerima Bintang Kehormat Maharaja Jepun, pangkat satu yang bertaraf kerabat Diraja Maharaja Meiji. Dato’ Wan Idris selaku pegawai ADC Sultan Ibrahim bertanggongjawab memastikan keselamatan Sultan Ibrahim. Di bawah beliau, terdapat pegawai-pegawai dari tentera Jepun yang ditugaskan khas menjaga keperluan Sultan Ibrahim dalam menjalankan tugas baginda sebagai Sultan kepada rakyat Johor dan juga sebagai Ketua Suku Peribumi Zon Selatan yang meliputi Tanah Melayu, Singapura dan Sumatera.

Baginda Sultan dan Wan Idris berulang alik dari Istana Hinggap di Batu Pahat dan Istana Seri Pelangi di Pasir Pelangi Johor Bahru. Wan Idris juga juga kerap berurusan di Singapura bersama sultan kerana Singapura menjadi ibu pejabat Pentadbiran Tentera Jepun Zon Selatan. Mufti pribadi Sultan ketika Zaman Jepun ialah Kiai Fadhil Banten. Manakala Menteri Besar Johor ialah Engku Abdul Aziz Engku Abd Majid. Dato’ Onn ketika itu menjadi pegawai pengawal bekalan makanan Johor di Johor Bahru.

Selepas perang tamat pada tahun 1945, Dato’ Wan Idris memohon berkhimat di Segamat, daerah tumpah darah dan kampong halaman beliau. Permohonan beliau telah diperkenan oleh Sultan Ibrahim. Beliau telah balik ke Segamat menjawat jawatan Pegawai Daerah. Tujuan utama Dato’ Wan Idris balik ke Segamat adalah untuk memulih dan mengembalikan semangat penduduk Segamat khususnya kaum kerabat beliau kerana Segamat dimasuki tentera Jepun dan menjadi pengkalan tentera Jepun yang besar sebelum mereka berjaya menawan Singapura.

Ketika di Segamat, Dato’ Wan Idris berjaya membagun semula Segamat dari segi fizikal mahupun moral. Beliau berjaya menghidupkan semangat dan keyakinan penduduk Segamat serta merancakkan semula aktiviti yang berupaya mengeluarkan hasil. Sumber hasil bumi Segamat ialah pembalakan dan hasil-hasil hutan disamping hasil-hasil pertanian. Masalah besar penduduk ialah gangguan pengganas komunis. Dato’Wan Idris telah mempebesarkan Pasukan Sukarela Timbalan Setia (JVMF) disamping berjaya memohon pelbagai operasi memburu pengganas dan latihan ketenteraan diada dan dilakukan di hutan Segamat. Meskipun kedudukan Segamat menjadi pilihan pengganas komunis membuat pengkalan atau pusat ketenteraan mereka, tetapi pengganas komunis tidak dapat berkuasa mahupun dapat mempengaruhi pemikiran penduduk Segamat.

Segamat terus membangun dan berkembang seperti daerah-daerah lain di Johor. Dato’ Wan Idris sangat bekerja keras dan telah menabur jasa di Segamat tetapi beliau tidak menceburkan diri dan berminat dengan aktiviti politik. Beliau juga tidak dapat lama berkhidmat di Segamat. Penduduk Segamat berasa sedih apabila mendapati Dato’ Wan Idris telah dititah oleh Sultan Ibrahim untuk bertugas di Batu Pahat menjadi Pegawai Daerah menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946. Mereka terpaksa merelakannya kerana mereka tahu bahawa Dato’ Wan Idris adalah orang kesayangan dan kepercayaan Sultan Ibrahim.

Di Batu Pahat ketika itu, semangat perjuangan orang-orang Melayu menuntut pembubaran Malayan Union adalah sangat hebat. Semua orang Melayu telah bersatu padu memperjuangkan pemansuhan Malayan Union yang dianggap tidak sah dan biadab kerana merampas hak orang Melayu dan kedaulatan raja Melayu di tanahair mereka, Tanah Melayu. Orang Melayu Batu Pahat telah berjaya menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Pertubuhan ini berjaya mengadakan beberapa kongres Melayu yang besar pada tahun itu hingga berjaya menyatupadukan semua pertubuhan Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai UMNO. UMNO telah ditubuhkan dengan rasminya di Johor Bahru pada 11 Mei 1946.

Ketika Dato’ Wan Idris dititah sultan berkhidmat di Batu Pahat dan Dato’ Onn dipanggil ke Johor Bahru menjadi Menteri Besar, terdengar desas-desus Sultan Ibrahim sebenarnya bercadang menghadkan kegiatan dan populariti Dato’ Onn. Dato’ Wan Idris pula dijadikan mata dan telinga baginda di Batu Pahat kerana ada antara mereka yang ekstrim telah mula menuntut merdeka seperti Indonesia. Mereka menolak kerajaan beraja atau sultan. Hal ini telah dilaporkan oleh Dato’ Wan Idris kepada baginda Sultan dan telah disahkan oleh Dato’ Onn . Dato’ Onn sangat bijak mengambil kesempatan ini kerana beliau tahu bahawa Sultan Ibrahim juga sangat berpengaruh dan ditakuti oleh pegawai Inggeris. Pengaduan Sultan kepada pihak Inggeris telah memberi keuntungan kepada perjuangan UMNO. Ini adalah kerana pihak Inggeris tidak sanggup berdepan dengan pejuang kemerdekaan yang menggunakan senjata atau pertumpahan darah sebagaimana berlaku di Indonesia.

Dato’ Wan Idris telah membuktikan kesetiaannya kepada Sultan dengan melaporkan segala aktiviti politik yang berlaku di Batu Pahat. Beliau juga menyiasat dan melaporkan segala titah yang dikehendaki Sultan. Manakala Dato’ Onn pula telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor, menjalankan aktiviti UMNO. Akhirnya beliau telah ditegur sultan dan pada tahun 1950, Sultan Ibrahim telah mencabar Dato’ Onn supaya mengutamakan pembangunan negeri Johor daripada hal politik Melayu. Dato’ Onn telah menyahut cabaran bapa angkatnya dengan meletak jawatan Menteri Besar Johor pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti UMNO menuntut kemerdekaan.

Terdapat juga maklumat dari beberapa responden bahawa peristiwa ini berlaku adalah hasil dari salah satu strateji dan jarum suntikan Inggeris untuk melemahkan Dato’ Onn yang tidak digemari mereka melalui pengaruh Sultan Johor. Mereka juga berusaha menggunakan pembesar-pembesar kesayangan dan kepercayaan Sultan Ibrahim seperti percubaan mereka terhadap Dato’ Wan Idris. Inggeris juga cuba menghasut Dato’ Wan Idris supaya menghalang atau mensabotaj Dato’ Onn tetapi Dato’ Wan Idris tidak memberi apa-apa respon. Usaha Inggeris ini akhirnya dianggap berjaya juga walaupun bukan dari bantuan Dato’ Wan Idris, apabila Dato’ Onn yang digeruni Inggeris kerana kebijaksanaannya diketepikan oleh orang Melayu sendiri. Inggeris sangat faham strateji mereka menggunakan sentiment emosi orang-orang Melayu sendiri dengan memperkenalkan YM Tunku Abd Rahman Putra yang dianggap lebih toleren daripada Dato’ Onn telah berjaya.

Sebelum peristiwa perletakan jawatan Menteri Besar oleh Dato’ Onn, Dato’ Wan Idris telah dinaikkan pangkat oleh Sultan Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Besar pada 22 Mac 1948. Beliau adalah seorang yang jujur, cekap dan setia kepada Sultan. Beliau sering dipuji Sultan dihadapan pembesar dan pegawai tinggi kerajaan Johor. Diwaktu yang sama, Dato’ Wan Idris terus menjalankan tugas beliau sebagai Persuruhjaya Cukai dan Hasil Tanah Negeri Johor. Beliau telah menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri dan juga menjadi Ahli Majlis Jemaah Menteri Johor. Kedua-dua Majlis ini dipengerusikan oleh Sultan Johor.

Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim sangat terkenal sebagai seorang pegawai tinggi dan pembesar negeri Johor yang agak pendiam tetapi sangat bijak mengenal segala masalah dan bijak mencari jalan penyelesaiannya. Beliau mempunyai karisma kepimpinan yang tinggi dan ini diakui oleh Dato’ Onn selaku adik angkat beliau. Mereka sebenarnya amat rapat kerana sama-sama membesar dibawah bumbung yang sama. Dato’ Onn pernah memujuk abang angkatnya, Dato’ Wan Idris supaya membantu beliau melaksana dan menjalankan aktiviti politik orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan. Dato’ Wan Idris tidak menyertai Dato’ Onn tetapi beliau tidak pernah menghalangnya malah diberi galakan, sokongan dan bantuan.

Terdapat juga maklumat dimana Dato’ Wan Idris sendiri pernah dituduh tidak berjiwa Melayu. Beliau pernah dituduh memberi nasihat yang salah kepada Sultan kerana menandatangani penyerahan kuasa kepada Mac Michael. Tetapi dinafikan sendiri oleh Sultan kerana baginda berpendirian, duduk dibawah naungan Inggeris adalah lebih baik daripada menuntut merdeka dan bekerajaan sendiri jika belum berkemampuan. Satu perkara dimana Dato’ Onn amat berterima kahsih kepada Dato’ Wan Idris ialah sokongan Dato’ Wan Idris dan Tengku Mahkota Ismail sehingga pihak UMNO diberi izin menggunakan Istana Besar Johor oleh Sultan Ibrahim untuk mengadakan Kongres Melayu malah perbelanjaan juga dibantu biaya.

Meskipun kadang-kala Dato’ Onn sering terasa bayang-bayang Dato’ Wan Idris selalu mengekorinya kerana umum mengetahui bahawa Dato’ Wan Idris adalah mata-mata Sultan Ibrahim, bapa angkat mereka, Dato’ Onn tidak pernah mengesyaki apa-apa yang berbentuk negatif dan menghianatinya. Ini adalah kerana Dato’ Onn sebagai adik, juga mengambil nasihat Dato’ Wan Idris dan menjadikannya sebagai dasar perjuangan iaitu supaya jangan sampai Melayu menghapuskan kedaulatan raja mereka sendiri. Ini amat terkesan di sanubari Dato’ Onn kerana mereka mengetahui asal-usul keturunan mereka.

Setelah Dato’ Onn meletak jawatan Menteri Besar Johor pada 18 Mei 1950, Dato’ Wan Idris yang ketika itu sedang menjawat Timbalan Menteri Besar telah dititah Sultan memangku jawatan Menteri Besar. Beliau telah menjunjung titah menjalankan tugas Menteri Besar sehingga 20 Februari 1952. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh didikasi dan mendapat sepenuh kepercayaan dari Sultan Ibrahim. Walaupun begitu, sultan tetap menghargai jasa Dato’ Onn yang telah menyelamatkan kedaulatan raja-raja Melayu dan berjaya membubarkan Malayan Union dan menubuh dan menyatukan persatuan orang-orang Melayu dari seluruh negara yang dikenali sebagai UMNO. Baginda pada dasarnya mempunyai pandangan yang sama dengan Dato’ Onn iaitu menuntut kemerdekaan apabila telah bersedia menyiapkan segala keperluan asas terutamanya tenaga professional dan golongan berpelajaran tinggi serta ahli teknokrat yang mencukupi.

Baginda telah menerima nasihat Dato’ Onn dan sokongan Dato’ Wan Idris, supaya melantik Dato’ Syed Abd Kadir bin Syed Mohamed menjadi Menteri Besar Johor. Perlantikan ini dianggap sangat penting dan unik kerana inilah pertama kalinya, seorang Menteri Besar bukan dari kalangan kerabat, bukan berasal usul Melayu dan bukan dari pegawai kanan kelas A1. Tetapi ini telah diterima oleh Sultan kerana Dato’ Onn juga amat bijak membuat strateji agar pemikiran orang Melayu dapat terima dan berubah.

Saranan Dato’ Onn kepada Sultan Ibrahim telah disokong kuat oleh Dato’ Wan Idris selaku pemangku Menteri Besar dan penasihat kepercayaan Sultan. Dato’ Syed Abd Kadir dari keturunan Arab-Melayu juga dijangka dapat mempengaruhi saudagar dan jutawan Arab di Tanah Melayu dan di Singapura dan selain itu Dato’ Onn yakin pengaruhnya terhadap Dato’ Syed Abd Kadir juga dapat memainkan peranan sebagai Menteri Besar Johor di belakang Dato’ Syed Abd Kadir. Orang Melayu seluruh Tanah Melayu ketika itu, semuanya sedang bersemangat untuk merdeka dan Negeri Johor telah dijadikan kunci dan teladan untuk menyusun dan memulakan sebarang tindakan. Sultan Ibrahim pula merupakan sultan yang terkanan dan sangat berpengaruh dikalangan raja-raja Melayu. Jika kerajaan Johor menunjukkan pengecualian dan tidak mengetuai perbincangan dan perjuangan menuntut kemerdekaan, berkemungkinan besar pihak Inggeris tidak mempedulikan bantahan rakyat terhadap dasar-dasar penjajahan Inggeris.

Kedudukan dan pendirian Dato’ Wan Idris yang terlalu setia kepada sultan dijangka memperlambatkan kejayaan dalam perundingan menuntut kemerdekaan. Di satu pihak lain pula menganggap Dato’ Wan Idris adalah juga seorang patriot kerana sanggup berkorban melepaskan jawatan dan kekanannya, tidak mementingkan diri. Dato’ Wan Idris bersetuju dengan pandangan Dato’ Onn demi untuk kepentingan orang Melayu bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh Tanah Melayu. Beliau telah melepaskan tugas memangku jawatan Menteri Besar dan Dato’ Syed Abd Kadir bin Syed Mohamed, sahabat seperjuangan politik Dato’ Onn telah dilantik oleh Sultan Ibrahim menjadi Menteri Besar Ke-8 pada 20 Februari 1952 hingga 5 Jun 1955. Ketika itu Dato’ Syed Abd Kadir sedang menjawat hanya jawatan Setiausaha Pejabat Daerah Muar dan berada di kumpulan pegawai kerajaan kelas A3. Tetapi tidak menerima sebarang bantahan kerana peranan dan jasa Dato’ Onn serta titah Sultan Ibrahim.

Apabila Dato’ Syed Abd Kadir melepaskan jawatan Menteri Besar pada 5 Jun 1955 kerana persediaan piliharaya Persekutuan Tanah Melayu 1955, Dato’ Wan Idris telah dilantik oleh Sultan Ibrahim menjadi Menteri Besar Johor Ke-9 . Beliau telah bertugas dari 10 Oktober 1955 hingga 16 Jun 1959. Sebelum itu satu peristiwa bersejarah telah belaku dalam perkembangan politik Melayu dimana Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO pada tahun 1951. Beliau bertindak keluar dari UMNO kerana ahli-ahli UMNO tidak bersetuju diatas saranan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

Secara otomatik, Dato’ Onn juga terkeluar dari kumpulan merundingkan kemerdekaan yang diketuai beliau. Ahli-ahli UMNO telah memilih YM Tunku Abd Rahman menggantikan Dato’ Onn yang dituduh sudah terpengaruh kepada Inggeris kerana termakan budi. Ketika Dato’ Onn sedang kecewa inilah, Dato’ Wan Idris bersetuju menerima saranan Dato’ Onn agar memberi laluan kepada Dato’ Syed Abd Kadir menjadi Menteri Besar.

Pada tahun 1956, Dato’ Wan Idris juga telah memberi laluan kepada timbalannya iaitu Dato’ Mohd Seth supaya menggantikan beliau mewakili Sultan Johor sebagai wakil ahli Majlis Raja-raja Melayu dalam Rombongan Membincangkan Kemerdekaan di London. Dato’ Wan Idris tidak menaruh hati dan dendam meskipun ada khabar-kahbar mengatakan beliau tidak bersetuju merdeka dan dikhuartiri berpendirian serupa seperti Sultan Ibrahim yang tidak menyokong kemerdekaan segera.

Pada ketika itu beliau telah berusia 68 tahun. Beliau telah memohon Sultan Ibrahim yang menitahkan beliau mewakili baginda agar menggantikan dengan orang lain. Dato’ Wan Idris telah dengan ikhlas memohon beliau digantikan oleh Dato’ Mohd Seth atas sebab usia dan kesihatan. Disamping itu beliau juga memberi alasan yang sangat wajar terhadap keistimewaan Dato’ Mohd Seth yang boleh dipercayai baginda kerana beliau adalah Timbalan Menteri Besar, pernah menjadi setiausaha kerajaan Johor dan Dato’ Mohd Seth juga mempunyai hubungan darah dengan kerabat Diraja, keluarga Dato’ Onn dan juga dengan keluarga Dato’ Abd Rahman Yasin yang menguasai UMNO bersama YM Tunku Abd Rahman. Permohonan Dato’ Wan Idris ini telah diperkenan oleh Sultan Ibrahim. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Kesemua rundingan kemerdekaan telah diwakili oleh Pemangku Sultan Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, YM Tengku Ismail Ibn Sultan Ibrahim. Manakala wakil kuasa ekserkutif diwakili oleh Dato’ Mohd Seth. Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim telah menumpukan perhatian beliau terhadap tugas-tugas Menteri Besar Negeri Johor dan melaksanakan semua amanah Sultan Ibrahim mentadbir negeri ketika baginda tidak berada di Johor. Sultan sering berada di luar negeri atas faktor perubatan dan kesihatan. Ini adalah kerana baginda sering uzor kerana usia tua. Setelah Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, kesihatan Sultan Johor yang telah berusia 84 tahun bertambah buruk. Baginda sering gering dan telah mangkat di London pada 8 Mei 1959.

Berikutan dari kemangkatan Sultan Ibrahim, Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim telah melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor Ke-9 pada 16 Jun 1959 untuk memberi laluan kepada penyandang baru mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Tan Sri Hassan Yunos yang telah menang dalam pilihanraya Persekutuan telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Ke 10pada 27 Jun 1959 dan berkhidmat sehingga 31 Jan 1967. Beliau merupakan Menteri Besar pertama pilihan rakyat mengikut sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Semenjak bersara, Dato’ Wan Idris banyak berehat dan mengurus Jemaah Kerabat Diraja Johor yang dianggotainya. Beliau merupakan ahli berdarah kerabat dan juga berjiwa rakyat tertua yang aktif sehingga 1965. Pada tahun 1973, Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan diiringi kesedihan dari seluruh rakyat Johor terutamanya kaum kerabat beliau dan penduduk Segamat. Beliau adalah ikon keluarga Temenggong Muar dari zuriat Bendahara Tepok dan bendahara Melaka. Beliau telah menunjukkan taat setia yang begitu berhemah dan tidak pernah menderhaka atau mengambil kesempatan membalas dendam terhadap perlakuan Sultan Johor ke atas keluarganya.

Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim adalah seorang pembesar Johor yang amat berjasa dan sangat bijaksana terlahir dari dasar dan perancangan teliti Sultan Abu Bakar dalam bidang pelajaran. Beliau juga merupakan salah seorang pembesar Johor yang berjaya membuktikan kebolehan dan kecekapan Melayu mentadbir dan memerintah negeri secara moden. Kejayaan dan jasa beliau yang terbesar ialah mengawal perolehan hasil Johor sehingga menjadikan Johor sebagai negeri Melayu yang terkaya di era perkhidmatan beliau. Beliau sangat dikasihi dan dipercayai oleh Sultan Ibrahim Johor dan beliau telah menunjukkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi hingga ke akhir hayat. Jasa dan bakti beliau telah dikenang dengan menamakan bangunan sekolah, jalan raya, taman perumahan dan kampong di Segamat, Batu Pahat dan di Kota Tinggi.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara