Social Icons

Pejuang kemajuan Bahasa Melayu diusir ke England

Posted Image

DATO' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak


Inggeris singkirkan Abdul Rahman Andak yang berjaya lahirkan ramai bijak pandai Melayu kerana bimbang pengaruhnya berkembang

JOHOR memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.

Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.

Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak. Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor. 

Posted Image
PAPAN tanda Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru 

Tugas utama yang dilakukan oleh Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.

Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Pada 1888, Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.

Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.

Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti setiausaha, pejabat dan kerja raya.

Pendekatan yang diamalkan Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.

Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.

Gabenor Anderson bertindak menyingkir Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Situasi itu menyebabkan Abdul Rahman membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu. (Click)

Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.

Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai sejarah, kebudayaan dan laporan.

Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti pesuruhjaya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.

Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.

Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.

Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.

BIODATA: Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
# Lahir 1850
# Menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis.
# Mendapat tiga anak lelaki iaitu Henry, Mansour dan Walter.
# Meninggal dunia pada 10 September 1930 di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Woking, London.
FAKTA: Matlamat PBMPB
# Memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.
# Memelihara tulisan Jawi.
# Membaku ejaan dan perkataan.
# Ceramah dan penyelidikan.
# Menerbitkan Jurnal Peredar.
# Mengadakan perpustakaan.
# Mencipta perkataan baru.

P/s: Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Taib Andak bukanlah adik-beradik seperti yang telah tersebar dimana-mana forum.

Mengenang legasi tiga tokoh


Legacy of Honour: Dato' Ja'afar Mohamed; Dato' Onn Ja'afar; Tun Hussien Onn

BUKU dalam bahasa Inggeris yang ditulis bekas Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar bertajuk Legacy of Honour berkisar mengenai biografi tiga tokoh yang banyak berjasa kepada negara pada era penjajahan British, perjuangan mendapat kemerdekaan dan pembentukan Malaysia selepas pasca merdeka.

Tokoh-tokoh itu ialah Menteri Besar Johor yang pertama, Datuk Ja'afar Mohamed; anaknya yang juga pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Onn Ja'afar dan cucu beliau yang merupakan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.

Ja'afar (1838-1919) ialah daripada keturunan Bendahara Tepok Tun Hamzah iaitu bendahara kerajaan Melaka yang terakhir sebelum ia jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Abu Bakar pada 1882 sehingga akhir hayat.

Beliau yang diberikan kepercayaan memangku tugas Sultan Johor ketika baginda ke luar negara ialah individu yang terlibat menjayakan cita-cita Sultan Abu Bakar untuk memoden negeri itu dan mewujudkan pentadbiran awam yang cekap sehingga menyebabkan British tiada alasan untuk menjajah negeri berkenaan.

Ja'afar sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan Abu Bakar kerana anaknya dengan isteri ketiga iaitu Hasnah telah berkahwin dengan anakanda baginda, Sultan Ibrahim.

Beliau juga telah berkahwin dengan isteri keempat, Datin Rogayah Hanim Abdullah yang merupakan bekas isteri adinda Sultan Abu Bakar, Ungku Abdul Majid.

Rogayah Hanim ialah wanita keturunan Turki yang dihantar oleh Khalifah Empayar Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid sebagai tanda persahabatan dengan kesultanan Johor.

Perkahwinan Ja'afar dengan Rogayah Hanim mempunyai lapan anak termasuk Onn (1895-1962). Selain sebagai pengasas dan Presiden UMNO, beliau ialah Menteri Besar Johor yang ketujuh. Dalam pada itu, empat Menteri Besar sebelumnya juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ja'afar.

Dalam buku berkenaan, turut dijelaskan bahawa idea menubuhkan UMNO telah dicetuskan dalam satu pertemuan antara Onn dengan rakan-rakannya di rumah Tan Sri Mohamed Noah Omar (ketika itu seorang majistret yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama) di Batu Pahat, Johor pada 1946.

Dua anak Mohamed Noah iaitu Toh Puan Suhailah dan Tun Rahah masing-masing kemudiannya telah berkahwin dengan anak Onn, Hussein dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Turut hadir ketika pertemuan itu ialah Setiausaha Sulit Onn yang juga sepupu kepada Mohamed Noah, Tan Sri Anwar Abdul Malek.

Anwar yang juga bapa penulis buku ini adalah individu yang mencadangkan nama parti baru itu sebagai Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO) sempena nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun atas nasihat nasionalis Melayu, Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za'aba), perkataan 'Kebangsaan' turut dimasukkan dalam nama itu dengan singkatan UMNO.

Dalam pada itu, dalam buku berkenaan, pembaca akan dapat mengetahui kisah sebenar mengapa Onn kemudiannya bertindak keluar UMNO pada 1951 bagi menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara yang keanggotaan dibuka kepada pelbagai kaum.

Anak beliau, Hussein (1922-1990) turut keluar UMNO bersama-samanya dan kemudiannya menyertai kembali parti itu pada 1969. Sikap Hussein yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu yang ketinggalan dalam pendidikan menarik minat Abdul Razak yang kemudian melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

Ketika memegang jawatan itu Hussein telah memperkenalkan sekolah berasrama penuh aliran sains untuk memberi pendidikan kepada penduduk luar bandar. Selepas kematian Abdul Razak pada 1976, Hussein dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga.

Hussein ialah individu yang dikenali kerana amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Sebagai seorang sentiasa memegang prinsip integriti dan amanah, beliau terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bersara pada 1981.

Sebenarnya, ulasan ini tidak cukup untuk mencatatkan segala apa yang terkandung dalam buku 287 halaman ini. Adalah diharapkan buku ini dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui apakah hubungan tokoh besar negara sekarang dengan keluarga ini.

Antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menulis kata-kata aluan dalam buku berkenaan.

Tokoh-tokoh lain daripada keluarga ini ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan isterinya yang juga tokoh budayawan, Sharifah Azah Syed Mohammed (Azah Aziz).

Ia termasuk pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas; pengasas Gerakan, Profesor Syed Hussein Al-Attas dan bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Sebenarnya banyak kisah sebalik tabir keluarga ini yang tidak diketahui umum. Antaranya berkenaan kesetiaan Ja'afar terhadap Sultan Abu Bakar (1833-1895) dan anakanda baginda, Sultan Ibrahim (1873-1959).

Sebelum meninggal dunia, Ja'afar telah menghimpun semua ahli keluarganya dan berpesan bahawa kesetiaannya sebelum ini adalah kerana mengikut adat Melayu yang melarang menderhaka kepada sultan.

Bagaimanapun, tegas Ja'afar, generasi keluarga selepasnya harus berani untuk menentang dan bercakap benar sekiranya sultan bersikap kejam dan tidak mengutamakan rakyat.

Pesanan ini kemudiannya dipatuhi oleh anaknya, Onn yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan beliau dibuang daerah dari 1927 hingga 1936 ke sebuah perkampungan nelayan di Singapura. Onn ketika itu menyara hidup dengan pendapatan sangat kecil sebagai penulis di beberapa akhbar.

Sementara itu, ramai tidak tahu, Hussein juga pernah menjadi pelakon dalam satu pementasan di Johor Bahru yang diadakan bagi mengutip wang untuk membiayai kegiatan UMNO.

Pada 1971, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menemu ramah beliau, bagaimanapun rakaman itu tidak disiarkan kerana beliau mengkritik Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beberapa sultan yang telah meminggirkan Onn.

Buku ini yang akan dilancarkan oleh Hishammuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok boleh didapati di kedai buku MPH di seluruh negara.

Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif


( Penerbit UTM )
Price per Unit (piece):MYR 40.00


Kegemilangan Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka seringkali dikaitkan dengan kemajuan ekonominya menerusi perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Johor dimanifestasikan dengan penguasaan kawasan taklukan sehingga meliputi Pahang, Kepulauan Riau, Lingga sehingga ke kawasan Pantai Timur Sumatera. Hal ini disebabkan kedudukan Johor yang begitu strategik dalam kerangka laluan utama perdagangan antarabangsa. Kemajuan ekonomi dan kekukuhan sistem politik itu juga turut menyerlah Johor–Riau sebagai pusat kegiatan intelektual yang tersohor pada abad ke–17. Maka tidak hairanlah, kemajuan ekonomi Johor yang makmur dan gemilang pada masa kini adalah meneruskan kelangsungan dari masa lalu.
Kehadiran tokoh–tokoh ilmuwan dengan segala kegiatan intelektual telah menerangi kehidupan masyarakat ketika itu, sekali gus telah menaikkan lagi kegemilangan Johor–Riau. Ini menunjukkan Kerajaan Johor–Riau telah mengupayakan segala kekuatan dalam masyarakat yang menyumbangkan kepada pembentukan suatu peradaban gemilang bangsa Melayu di Nusantara.
Justeru, buku ini berusaha untuk menganalisis perkembangan intelektual yang berlaku dalam kerajaan Johor–Riau. Sesungguhnya, sejarah negeri Johor merakamkan pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembentukan peradaban Melayu yang gemilang. Ini diperkukuhkan dengan kepimpinan dan sistem pentadbiran Kesultanan Johor yang bersifat dinamik, tetapi masih berupaya mengekalkan jati diri Johor yang tersendiri. Hakikatnya, kemajuan dan pembangunan yang telah berlangsung sejak sekian lama telah memanifestasikan pembangunan Johor yang holistik dan mempamerkan wajah negeri Johor dalam pelbagai citra.
BIODATA
Kassim Thukiman ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi (Pembangunan Sumber Manusia) dari UTM dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian (Sejarah) dari Universiti Malaya. Kerjaya akademiknya bermula sejak tahun 1986 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan kemudiannya beliau berhijrah ke UTM pada tahun 1989. Dalam bidang akademik, beliau banyak memfokuskan kajian dan penulisan dalam bidang sains sosial khususnya ilmu sejarah, sains politik dan hubungan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan sebuah karya berjudulMalaysia: Perspektif Sejarah dan Politik (2002) yang diterbitkan Penerbit UTM Press.

KANDUNGAN

Kata Pengantar
Prakata

BAB 1 Kesultanan Johor
Pendahuluan
Zaman Imperialisme
Pembukaan Iskandar Puteri (Johor Bahru)
Maharaja (Sultan) Abu Bakar
Undang–undang Tubuh Kerajaan Johor
Sultan Ibrahim
Malayan Union dan Politik Johor
Selepas Perang Dunia Kedua
Sultan Ismail
Sultan Iskandar
Kesimpulan

BAB 2 Sejarah Tambak Johor
Pendahuluan
Sejarah Awal
Penguasaan British di Singapura
Pembinaan Jalan Kereta Api
Sebalik Pembinaan Jalan Kereta Api
Pembinaan Tambak Johor
Tujuan Pembinaan
Cadangan Pembinaan
Reka Bentuk Tambak Johor
Kos Pembinaan
Perletakan Batu Asas
Pembukaan Tambak Johor
Perjanjian Sempadan Johor-Singapura
Semasa Perang Dunia Kedua
Pembinaan Semula Tambak Johor
Kesan Pembinaan Tambak Johor
Kesimpulan

BAB 3 Sejarah Zaman Darurat di Johor
Pendahuluan
Perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM)
Pemberontakan PKM di Batu Pahat
Pengistiharan Darurat
Peristiwa Bukit Kepong
Tindakan British
Pelbagai Onar PKM di Johor
Sabotaj dan Khianat PKM di Johor
Perhatian Sultan Johor
Pemindahan Penduduk
Perintah Berkurung
Rundingan Baling
Korban Darurat
Persidangan Haadyai
Kesimpulan

BAB 4 Undang–undang Kangcu dalam Kegiatan Pertanian Komersial di Negeri Johor, 1884–1917
Pendahuluan

  1. Surat Tauliah Kangcu
  2. Undang–undang Memasukkan Nama ke dalam Daftar (28 Oktober 1865) Belanja Membuat Surat–surat
  3. Undang–undang Pengukuh
    Undang-undang Memasukkan Nama dalam Daftar (11 Mac 1866)
  4. Undang–undang mencegahkan Buat Gambir yang Tiada Baik, 1 Rejab 1284 (28 Jun 1867)
  5. Undang–undang Bagi Kesejahteraan Hak kerana Gambir Lada, 13 September 1867
Kesimpulan

BAB 5 Sejarah Perkembangan Daerah di Johor
Pengenalan
Sejarah Awal
Pembukaan Tanjung Puteri (Johor Bahru)
Sistem Residen
Tokoh Politik Johor
Batu Pahat
Muar
Kluang
Kota Tinggi
Mersing
Segamat
Pontian
Kesimpulan

BAB 6 Memartabatkan Perjuangan Dato’ Onn Jaafar
Pendahuluan
Sejarah Biografi
Latar Belakang Biografi
Dato’ Onn sebagai Birokrat Johor
Dato’ Onn dalam Buangan di Singapura
Akhbar–akhbar Melayu
Dato’ Onn Ketika Zaman Penjajahan Jepun
Dato’ Onn Ketika Zaman Bintang Tiga
Sejarah Awal Malayan Union
Dato’ Onn dalam Perjuangan Menentang Malayan Union
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ)
Dato’ Onn dan Malayan Union
Cadangan Dato’ Onn Mengadakan Kongres
Dato’ Onn Mengukuhkan Jentera Parti
Dato’ Onn dan Perjuangan Ketuanan
Dato’ Onn dan Kemajuan Orang Melayu
Dato’ Onn di Luar UMNO
Pilihan Raya Persekutuan 1955
Pilihan Raya Persekutuan 1959
Akhir Hayat
Kesimpulan

BAB 7 Umno dalam Perjuangan Bahasa Melayu
Pendahuluan
Falsafah Perjuangan
Selepas Perang Dunia Kedua
Bahasa dalam Pendidikan
Kontrak Sosial
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
Reaksi Kerajaan
Kesimpulan

BAB 8 Novel Surat–surat Perempuan Johor: Karya yang Penuh Sejarah
Pendahuluan
Falsafah dan Kepentingan Sejarah
Sumber Sejarah
Tokoh Johor
Kesan Penjajahan
Kisah Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
Undang–undang Johor
Ekonomi Johor
Kepimpinan Sultan Abu Bakar
Hubungan Johor–Turki
Kesimpulan

BAB 9 Johor Sebagai Pusat Kebudayaan Melayu dan Kebangsaan
Pengenalan
Istilah dan Konsep Budaya
Perspektif Budaya
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Perkembangan Sejarah dan Kebudayaan Johor
Sumbangan Johor
Pelaksanaan Dasar
Kesimpulan

BAB 10 Sistem Perhubungan dan Kegiatan Ekonomi di Johor
Pengenalan
Kesimpulan

BAB 11 Ekonomi dan Perdagangan Johor Riau; 1900-1941
Pengenalan
Permodenan Sistem Pentadbiran
Kegiatan Ekonomi Pertanian
Kegiatan Perladangan Getah
Kegiatan Ekonomi Perlombongan
Sistem Pengangkutan Moden
Pertambahan Jumlah Penduduk
Hubungan Sosial Orang Jepun di Johor
Kesimpulan

BAB 12 Pulau Batu Puteh dan Kedaulatan Negara
Pendahuluan
Lokasi Kawasan Tuntutan
Perbicaraan di ICJ
Isu Pulau Batu Putih
Kerjasama Keselamatan
Kebimbangan Malaysia
Pedra Branca
Pembuktian daripada Malaysia
Pemangku SUK Tiada Kuasa Melepaskan
Hak Milik Johor
Pembuktian daripada Singapura
Singapura Menggulung Hujah
Keputusan ICJ
Implikasi Keputusan ICJ
Kesimpulan

Sultan revives old royal attire


HIS Royal Highness Sultan Ibrahim Sultan Iskandar of Johor made a striking appearance at the Proclamation Ceremony of the 14th Yang DiPertuan Agong on Dec 13.

Maharaja Abu Bakar preferred the European tunic, suitably adapted to
Eastern design, with braided epaulette, gorgets, chevrons and shiny baubles

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has confirmed
royal blue as the sovereign’s colour.

He was resplendent in an attire which many assumed to be newly designed for the occasion.  The attire reflected history.

Sultan Ibrahim has a penchant for reviving royal court traditions inherited from the temenggong, from governance to diplomacy and from the art of dressing to protocol.

He has confirmed royal blue as the sovereign's colour. In his wisdom, Maharaja Abu Bakar in 1871 chose the colour to denote the universe, reflecting his faith in Islam and  his subservience to Allah.

Maharaja Abu Bakar embarked on a visit to England in 1866 and thereafter, at different times, to Europe, Turkey, Egypt, Japan and China with an eye for the needs of his country. He adapted the ceremonial attire, decorations and conduct of European and Middle Eastern courts.

At a ball in honour of the Prince of Wales in 1882, he was dressed in blue velvet with diamonds.  It was his style of living modelled on the contemporary practice of  European courts.

Yet, he preserved a shrewd mixture of Malay tradition and Western innovation. He was insistent on the observance of Malay decorum where he deemed it appropriate. This trait has permeated  Johor's modern sultanate.

Abu Bakar introduced and popularised the Baju Melayu Telok Belanga. But he did not decree it as ceremonial attire for royalty.

Instead he preferred the European tunic,  adapted to Eastern design, with braided epaulette, gorgets, chevrons and shiny baubles. The tunic was made of dark blue velvet. The epaulette, gorgets and buttons were encrusted with diamonds. The chevron was braided with gold thread intricately designed with gambier and pepper motif. The head gear is a black velvet songkok adorned with an aigrette of diamond pendants.

The songkok was introduced during the time of Temenggong Ibrahim. The Malays, who had been using the tanjak, had the brim of the Western hat removed and wrapped it with a piece of cloth into the shape of a turban. For ease of the wearer the cloth was later removed and the turban evolved into a songkok. Abu Bakar decreed the black velvet songkok as the official ceremonial headgear for Malays.

Abu Bakar had members of his cabinet wear a dark blue ceremonial uniform, complete with dress sword and black songkok with a silver aigrette. To this day, counsellors of the royal court wear a similar uniform.

The chief ministers, too, were similarly attired as they were made presidents of the royal  court until 1966, after which no politician was appointed counsellor or president. The menteri besar now wears the ceremonial uniform of the Johor civil service.

Abu Bakar's son Tunku Ibrahim was dressed in the white ceremonial uniform of an officer of the Johor Military Forces (JMF) when he was appointed the Tunku Mahkota in 1891. But he perpetuated the ceremonial attire designed by Abu Bakar for his coronation and birthday celebrations. Sultan Ismail wore similar attire at his coronation on 10 Feb, 1960.

Sultan Ibrahim as commandant of the JMF was always photographed in uniform similar to the British army field service uniform. But, he and the rulers after him, Sultan Ismail and Sultan Iskandar, as commandant adopted the white ceremonial uniform of the JMF as official uniform at royal ceremonies.

Last year, Sultan Ibrahim departed from the white uniform and revived the dark blue uniform introduced by Abu Bakar. However the design was based on the JMF ceremonial uniform complete with the JMF upturned bill cap. This is the uniform that he wears for his official portrait.

He sought the opinion of the Council of the Royal Court on the reintroduction of the ceremonial attire of  Abu Bakar to showcase Johor's past glory. The uniform was stitched based on the original design. The songkok was made by an artisan in Muar. The original epaulette, gorgets and buttons set in diamonds designed by Abu Bakar had been secured in a bank vault as part of the crown jewels.

The diamonds form an heirloom collection of Abu Bakar who was described by The Washington Post of 25 Jan, 1893, as "a ruler who in full regalia strings US$10,000,000 worth of diamonds from his shoulders". The newspaper recognised that Abu Bakar's wealth was due to his success  in the economic development of Johor and in his  visits to foreign lands to promote trade of the state's products, including spices, gambier, rattan, tin and tea.

The stars adorning his left breast are insignias of the two oldest orders of chivalry in the country. The Order of the Royal Family and the Order of the Crown of Johor were  introduced by Abu Bakar on 31 July, 1886, 30 years earlier than other Malayan states. Sultan Ibrahim decreed the heirloom, regalia and crown jewels be made state property to be enjoyed by the ruling sovereign.

Some quarters have voiced their criticism that the Johor sultanate has no traditional Malay attire as a ceremonial uniform. This is a non-issue as apparel is only a physical appearance. The sultanate wears its heart on its sleeves in ensuring the welfare, prosperity and happiness of its people.

Kalau datang ke Johor, jangan lupa pekena nasi ambeng!


NASI ambeng (beng disebut seperti dalam perkataan bengkak) asalnya adalah satu jamuan tradisi keturunan Jawa pada majlis-majlis kenduri arwah atau tahlil. Dalam tradisi ini, laukpauk seperti serunding, sayur goreng, ikan masin bulu ayam, mi goreng dan ayam goreng diletakkan di atas nasi di dalam sebuah dulang. Apabila majlis tahlil selesai, mereka akan menjamah hidangan yang disediakan itu beramai-ramai, biasanya empat orang sedulang.

Dalam tradisi ini, tetamu hanya memakan beberapa suap nasi berserta sedikit lauk-pauk ala kadar. Selepas itu, nasi dalam dulang itu akan dibahagikan kepada empat bahagian. Pembahagian biasanya dilakukan menggunakan bahagian tepi tapak tangan dengan membuat garisan di atas nasi. Kemudian, lauk-pauk akan dibahagikan sama rata kepada empat bahagian.

Setiap bahagian tadi akan dibungkus dalam kertas surat khabar lama yang dilapik dengan daun pisang, dan kemudian diikat dengan tali pisang (sekarang tali rafia), untuk dibawa balik ke rumah masing-masing. Di kalangan masyarakat Jawa, nasi ambeng yang sudah dibungkus itu disebut berkat.

Mengapa tetamu hanya jamah-jamah sahaja, dan kemudian dibungkus untuk dibawa pulang?

Mengikut ceritanya, amalan itu bertujuan membuktikan suami atau anak-anak lelaki yang menghadiri sesuatu majlis itu benar-benar pergi menghadirinya. Jadi, nasi ambeng yang dibawa balik itu adalah bukti bahawa suami benar-benar hadir di majlis kenduri berkenaan.

Kebaikan tradisi ini ialah, nasi ambeng atau berkat itu boleh dinikmati oleh ahli keluarga walaupun mereka tidak pergi ke majlis kenduri itu . Maknanya, walaupun isteri dan anak-anak tidak menghadiri sesuatu majlis kenduri, mereka boleh sama-sama menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah yang menganjurkan majlis itu.

Sudah dikomersilkan
Sejak beberapa tahun kebelakangan, nasi ambeng sudah dikomersilkan. Sudah banyak gerai atau restoran yang menyediakan nasi ambeng sebagai salah satu menunya. Bukan itu saja. Lauk-pauknya juga sudah dipelbagaikan sementara mengekalkan lauk-pauk asal seperti serunding dan ikan kering. Sesetengah penjual masih memasukkan mi goreng sebagai salah satu lauk-pauknya, sementara sebahagian lagi tidak memasukkannya.

Sambutan terhadap nasi ambeng nampaknya amat menggalakkan. Nasi yang dijual pada harga di antara tiga dan lima ringgit itu dijual sebagai sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Walaupun makanan ini berasal dari Johor, ia sudah boleh didapati di tempat-tempat lain, terutama Kuala Lumpur.

Menurut seorang peniaga nasi ambeng, Azman Chayus, 47, beliau menjual kira-kira 100 bungkus sehari di antara awal pagi dan tengah hari. Katanya, selain orang Melayu yang menjadi sebahagian besar pelanggannya, orang Cina dan India juga sudah pandai menikmati juadah itu.

Warung Man Mak Ram miliknya di Kampung Pasir, Johor Bahru, itu amat popular di kalangan penggemar nasi ambeng.


Sultan Johor beri pingat tidak minta imbuhan



Sultan Ibrahim bertitah rakyat usah terpedaya: Mokhtar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dan tertipu dengan mana-mana individu yang mengaku mempunyai hubungan dengan baginda, sambil menawarkan darjah kebesaran serta pingat negeri ini sebagai balasan terhadap sumbangan dan imbuhan kewangan yang dibuat. 

Titah Sultan Ibrahim itu disampaikan menerusi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang menegaskan baginda tidak mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri ini, menerusi proses imbuhan atau sumbangan kewangan.


Mohd Mokhtar berkata, Sultan Ibrahim bertitah yang baginda juga tidak pernah memberi kuasa serta melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pemberian darjah kebesaran dan pingat negeri ini dengan imbuhan.

Jangan percaya secara membuta tuli, sebaliknya dapatkan kesahihan daripada pihak Istana Johor, jika ada pihak atau individu menawarkan anugerah kebesaran dengan menuntut imbuhan atau bayaran tertentu. 

Tuanku tidak mahu rakyat ditipu dan terpedaya dengan pujukan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku mereka adalah orang istana, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Mohd Mokhtar berkata, penipuan secara menjaja nama Sultan Ibrahim itu terbongkar selepas seorang ahli perniagaan kerugian RM41,000 akibat ditipu seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Jemaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tuanku Temenggong Ahmad, bagi men-dapatkan gelaran 'Datuk' dan sebidang tanah. 


Beliau berkata, ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an terbabit, hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas bertemu sendiri dengan Tunku Osman sebenar. 
Mangsa dihubungi seorang lelaki pada Ogos lalu mendakwa dirinya sebagai orang istana dan mahu menawarkan anugerah Datuk dengan imbuhan kewangan. Gembira dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan memberi imbuhan secara tunai beberapa kali kepada suspek sehingga mencapai jumlah RM41,000 dalam masa dua bulan. 

Namun, akhir November lalu, mangsa berjumpa dengan Tunku Osman yang sebenar sebelum menyedari yang dia menjadi mangsa penipuan, sebelum membuat laporan polis, katanya. 

Mohd Mokhtar berkata, susulan laporan yang diterima, Polis Johor sudah menahan reman seorang lelaki untuk membantu siasatan kes penipuan terbabit. 

Sebelum ini, dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki dan wanita ditahan Polis Johor di Nusajaya dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam untuk meminta derma kononnya sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada bulan lalu. 

Papadou kegemaran Tuanku Mizan


"SAYA merasakan seperti langit jatuh ke riba dan kehidupan seperti berakhir apabila diberitahu menghidap kanser."

Demikian luah Datin Majnah Abdul Majid yang didiagnosis dengan kanser payu dara kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, berbekalkan keazaman yang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa wanita berusia 61 tahun itu berjaya mengharungi detik hitam dalam kehidupannya.

Pengalaman berdepan dengan kanser payu dara amat memeritkan bagi Majnah kerana terpaksa menjalani pembedahan dan beberapa siri kemoterapi sebelum disahkan bebas daripada kanser.

"Selepas menjalani pembedahan tersebut, saya mengambil keputusan untuk duduk di hospital lebih sebulan agar doktor dapat memantau perkembangan kesihatan saya.

"Dalam proses kemoterapi pula, saya merasakan keperitan yang amat sangat kerana badan menjadi lemah dan rambut gugur. Begitupun, saya tetap berfikiran positif dengan segala dugaan itu untuk membuktikan bahawa pesakit kanser boleh pulih dan meneruskan kehidupan seperti orang biasa," katanya.

Ternyata selepas itu, Majnah bukan sahaja membuktikan dia boleh hidup seperti biasa tetapi dengan tugas yang boleh dianggap sangat istimewa. Dengan semangat luar biasa Majnah menguatkan diri untuk meneruskan minatnya sebagai tukang masak.

Jika anda terfikir Majnah ingin membuka restoran atau menjadi usahawan katering anda silap! Ini kerana berbekalkan ilmu masakan yang mula dipraktikkan sejak berusia 21 tahun, pada awal tahun 2009 Majnah bergelar chef diraja.
MAJNAH menunjukkan kemahiran memasak ayam panggang istimewa

Sejak bulan Januari 2009, dia mula menabur bakti kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dengan menjadi chef di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Mengimbau kembali bagaimana beliau boleh menjadi chef di Istana Terengganu kongsi Majnah, dia terdengar pihak istana sedang mencari tukang masak daripada seorang exco negeri Penyu itu sewaktu berkunjung ke Kuala Terengganu.

"Ketika itu, saya tidak teragak-agak memohon tugas berkenaan kerana minat mendalam terhadap bidang masakan dan untuk menghilangkan rasa kebosanan," ujar ibu kepada lima cahaya mata itu walaupun dia hakikatnya bukanlah anak kelahiran negeri Terengganu.

Mengetahui dia perlu bersaing dengan tukang masak tukang masak handalan semasa sesi ujian rasa yang dijalankan sendiri oleh Tuanku Mizan, dalam debar Majnah tetap nekad bertandang ke Istana Terengganu selama dua hari.

"Ketika itu selama dua hari saya perlu menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk santapan Tuanku Mizan. Saya telah memasak resipi Spanish Paella iaitu masakan nasi dicampur beraneka makanan laut dan daging ayam dengan hiasan menarik pada hari pertama," imbasnya.

Tidak ketinggalan, Majnah turut menambat hati pasangan diraja dengan sajian ayam dan kambing panggang, gulai ayam Terengganu dan spageti bolognese mengikut cita rasa tempatan.

Keenakan air tangan Majnah dalam menyediakan masakan menyebabkan beliau tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui adakah dia berjaya memikul tugas sebagai tukang masak diraja.

Menjelang hari ketiga, beliau mendapat berita gembira apabila Tuanku Mizan bertitah Majnah memasuki istana untuk memasak kepada pasangan Yang di-Pertuan Agong. Semenjak itu, bermulalah rutin kehidupannya sebagai chef Istana Terengganu.

Pengalaman di istana

Mengakui berdepan dengan sedikit kesukaran pada peringkat awal tatkala menyediakan menu diraja lantaran perlu menyesuaikan setiap sajian dengan cita rasa tuanku, namun lebih daripada itu ujar Majnah, tiada sebarang pantang larang dikenakan pihak istana saat menjawat tugas istimewa tersebut.

"Pihak istana tidak meletakkan syarat bukan-bukan sebaliknya saya sendiri yang ada pantang larang ketika memasak iaitu perlukan suasana aman dan tenang. Saya tidak suka memasak dalam keadaan bising-bising dan diganggu orang lain di dapur," ujarnya yang selesa berseorangan melakukan kerja-kerja memasak.

Menceritakan mengenai rutin sehariannya sebagai chef di istana, kongsi nenek dengan dua cucu itu, biasanya dia akan mula bertugas pada pukul 11 pagi dengan dapur di istana akan dibiarkan kosong bagi memastikan beliau dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

"Saya akan membersih dan memotong segala bahan sajian pada pukul 11 pagi. Aktiviti memasak pula akan dimulakan 30 minit kemudian serta berakhir dalam masa satu jam sahaja.

SPAGETI bolognese daging merupakan antara masakan bercita rasa tempatan
daripada Majnah.
"Pada kebiasaannya untuk hidangan tengah hari saya akan menyediakan sekurang-kurangnya tujuh macam lauk pauk yang disajikan bersama nasi putih manakala sarapan pagi pula hanya dimasak apabila ada permintaan sahaja," katanya lagi.

Majnah menambah, antara masakan yang dimasak di Istana Terengganu sepanjang berkhidmat sebagai tukang masak ialah nasi delima, kurma ayam, kurma daging, ayam kuzi dan banyak lagi. Namun, saat ditanya apakah kulinari kegemaran Tuanku Mizan, Majnah tanpa berfikir panjang menyebut papadou iaitu sejenis masakan roti dari negara Perancis yang dihidangkan dengan telur dadar.

Punya resipi rahsia sendiri saat menyediakan menu papadou enak kegemaran Tuanku Mizan kongsi Majnah: "Memasak telur dadar itu ada caranya kerana saya akan menyediakan empat biji telur tetapi hanya menggunakan satu sahaja kuning telur, selebihnya hanya putih telur untuk menjaga kesihatan Tuanku Mizan.

"Dalam kebanyakan masakan juga, saya tidak menggunakan bawang kerana Tuanku Mizan tidak boleh melihat bawang dalam masakan. Apabila memasak menu menggunakan ayam pula hanya dada ayam digunakan manakala kulitnya dibuang terlebih dahulu," ujarnya.

Kata beliau lagi, berbeza dengan hidangan tengah hari, untuk masakan malam pula, sebuah buku menu akan dihantar terlebih dahulu kepada Tuanku Mizan seawal pukul 5 petang sebelum baginda bertitah memilih santapan daripada menu tersebut. Selain masakan tradisional, adakalanya sajian Barat menjadi pilihan tuanku untuk sajian makan malam.

Tidak mempunyai rahsia khusus dalam masakannya, Majnah memberitahu dia hanya mengamalkan empat prinsip utama dalam pekerjaan tersebut iaitu kebersihan, peraturan, ikhlas dan kasih sayang.

"Kalau kita mempraktikkan prinsip ini tidak mustahil setiap masakan yang dimasak akan menjadi sedap dan tidak menjemukan," kata wanita yang gemar bersenam di gim, berenang dan mengunjungi spa pada waktu senggangnya.

Momen manis

Ditanya mengenai antara kenangan manis sepanjang menjadi tukang masak di Istana Terengganu, Majnah berkata, beliau berpeluang memasak hidangan seperti roti masra, roti jala bakar berlapis dan kuih bakar berlauk untuk kesemua sultan-sultan, menteri besar serta ketua menteri semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja tahun lalu.

"Saya juga berkesempatan memasak untuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah," katanya lagi sambil menyifatkan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebagai majikan yang bertimbang rasa, baik hati dan memudahkan kerjanya dalam bidang masakan.

Majnah yang meminati Martha Stewart merasa sedih bercampur gembira apabila terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi tukang masak di Istana Terengganu.

"Sedih kerana terpaksa meninggalkan majikan yang begitu baik, gembira pula apabila dapat memperluaskan pengalaman dalam bidang masakan.

"Saya bercadang untuk membuka kafetaria sendiri dan membukukan segala resipi-resipi tersendiri yang sedap serta tidak menjemukan untuk dikongsi bersama penggemar masakan di negara ini," katanya.
MAJNAH bersalaman dengan Tuanku Mizan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun
lalu.
Menceritakan mengenai bibit awal dunia masakan dalam hidupnya, jangan terkejut kerana selain tidak pernah menuntut dalam bidang kulinari atau mempunyai guru khas, Majnah juga sebenarnya hanya mula bermain dengan senduk dan kuali ketika sudah bergelar isteri.

"Sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jalan Othman, Petaling Jaya pada tahun 1966, saya masih berumur 21 tahun dan telah mendirikan rumah tangga.

"Sebagai seorang isteri sudah menjadi tanggungjawab memasak untuk suami dan ketika itulah saya mula mempelajari selok-belok memasak.

Sebelum berkahwin saya tidak pernah memasak kerana keluarga mempunyai orang gaji," katanya jujur.

Bagaimanapun Majnah menambah, selepas berkahwin beliau banyak merantau di negeri-negeri di selatan, utara dan pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Di negeri-negeri ini, saya banyak mempelajari tentang masakan tradisional asli tempatan seperti gulai Terengganu, itik golek, nasi beriani, nasi kandar, pasembur, laksa Kedah, telur kecai, ayam kuzi dan lain-lain lagi.

"Saya tidak mempunyai guru tetap dalam bidang masakan ini tetapi banyak mempelajari daripada penduduk setempat. Jika merasa masakan itu tidak sedap dan aneh saya tidak berat mulut untuk mempelajari resipi berkenaan," katanya yang pernah mempunyai syarikat katering dan pernah memasak di beberapa syarikat swasta termasuk produksi siri lawak popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Ujar anak jati Kuala Lumpur ini, beliau juga sedang dalam perancangan untuk mengacara rancangan memasak di Asia Food Channel (AFC) bersama penyanyi Ferhad.