Social Icons

Pengalaman indah di istana

GAH...Istana Negara, Jalan Duta lambang kemegahan baru.
GAH...Istana Negara, Jalan Duta lambang kemegahan baru.
MEMAKAI persalinan busana indah berharga ratusan ringgit, wajah polos milik wanita bergelar pembantu tadbir istiadat ini turut disolek menggunakan produk kecantikan mahal oleh jurusolek profesional sebelum menggalas tanggungjawab mengiringi puteri pengantin kerabat diraja ke singgahsana sebagai pengapit.
Biarpun sudah menerima pendedahan awal mengenai istiadat istana, Nora Mat Yusof, diarahkan mengikuti sesi penerangan berhubung perjalanan majlis perkahwinan diraja untuk memastikan semuanya berlangsung dengan lancar, 10 tahun lalu.

PINDAH...simbolik perpindahan Istana Negara baru di Jalan
Duta disempurnakan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Berada di sisi pengantin perempuan, fikiran wanita yang kini berusia 46 tahun itu sentiasa fokus sambil mengingati setiap langkah istiadat perkahwinan diraja apatah lagi tugasnya sebagai pengapit bermula daripada majlis akad nikah di Dewan Kecil, Istana Negara, Jalan Istana hingga mengiringi pasangan diraja ke hotel bertaraf lima bintang bagi majlis resepsi.

“Perasaan teruja sememangnya ada tetapi rasa khuatir lebih menguasai diri, tambahan pula yang berkahwin itu bukanlah orang kebanyakan sebaliknya kerabat diraja.


“Syukur apabila semuanya berakhir dengan lancar. Saya dan pasangan sentiasa berkomunikasi bagi memastikan setiap langkah, pergerakan dan tertib tersusun halus serta lembut. Termasuk cara menyerahkan bunga rampai kepada tetamu kehormat.

TURUN...perarakan keluar pancaragam Rejimen Askar Melayu
Diraja selepas istiadat menurunkan bendera Yang di-Pertuan
Agong di Istana Negara, Jalan Istana.
“Berada di atas singgahsana perkahwinan diraja adalah pengalaman yang paling sukar dilupakan sepanjang berkhidmat dengan Istana Negara dan tidak semua orang dapat merasai kesempatan itu,” katanya ketika ditemui di Istana Negara baru di Jalan Duta, Rabu lalu.

Mengagumi setiap istiadat yang dilaksanakan sepanjang majlis perkahwinan berkenaan, Nora menganggap dirinya bertuah kerana menyaksikan semua adat istana dengan sempurna tanpa perlu menonton pada televisyen. Pengalaman itu antara nostalgia indah yang dilalui Nora sepanjang berkhidmat di istana lama. Kini perjuangannya untuk memberi khidmat terbaik kepada Yang di-Pertuan Agong dan keluarganya diteruskan di bangunan istana baru serba canggih.

Memulakan kerjaya di Bahagian Bentara seawal usia 19 tahun, wanita tiga anak itu tidak pernah bermimpi untuk menyaksikan kehidupan ‘orang’ istana dari dekat terutama di tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara.

Mengabdikan diri hampir 27 tahun kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong, Nora mengakui perasaannya bercampur-baur apabila terpaksa berpindah tempat kerja dari mahligai di Jalan Istana ke istana baru di Jalan Duta berkuat kuasa 11 November lalu.

Menurut Nora, terlalu banyak kenangan manis dilakar dalam hidupnya sepanjang bertugas di istana lama, terutama kali pertama menjejak kaki membiasakan diri dan bertatih mempelajari pertuturan bahasa istana.

Baginya, Istana Negara, Jalan Istana diibaratkan rumah kedua kerana beliau lebih banyak menghabiskan masa di mahligai bersemayam Yang di-Pertuan Agong itu.

Memulakan tugas di zaman pemerintahan Yang di-Pertuan Agong kelapan, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, Nora menganggap lokasi asal Istana Negara bertentangan Jalan Syed Putra, di tepi Bukit Petaling sebagai strategik biarpun memiliki keluasan hanya 11.34 hektar berbanding 97.65 hektar di Jalan Duta.

Katanya, kedudukan strategik di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur memudahkan laluan trafik berbanding lokasi lain.

Berfikiran positif, Nora berbangga apabila Istana Negara akhirnya memiliki bangunan sendiri berbanding istana lama yang dahulunya banglo milik seorang jutawan dari China sebelum dijadikan Mes Pegawai Tentera Jepun selama tiga tahun.

Sejurus berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan berkenaan dibeli kerajaan negeri Selangor sebelum diambil alih Kerajaan Persekutuan pada 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad.

Bagi Pegawai Khidmat Pelanggan Istana Negara, Hamid Sulaiman, 55, beliau menghabiskan zaman mudanya berkhidmat kepada pemerintah selama 37 tahun, bermula sebagai pembantu telefon pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah dan kini giliran itu kembali kepada pemerintah negeri Kedah berkenaan.

Memori paling menyentuh perasaannya sepanjang bertugas di Jalan Istana, apabila Yang di-Pertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman menyuarakan cadangan untuk mengasuh anak bongsu sejurus kematian permaisurinya, 17 tahun lalu, atas dasar simpati.

Menyedari status hidup berbeza ibarat gagak dan merak berbanding kerabat diraja, beliau merendah diri menolak baik cadangan baginda dan sekali gus kenangan itu membuktikan ketulusan serta kemuliaan hati pemerintah berkenaan.

Pernah berkhidmat dengan sembilan ketua negara, Hamid mengakui setiap Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan tersendiri.

Bermula daripada kosong, beliau mengutip setiap pengalaman dan sentiasa menambah pengetahuan baru mengenai kehidupan istana selain mengakui pernah menerima teguran daripada ketua negara berkenaan.

Baginya, Istana Negara, Jalan Istana memberi pelbagai kenangan manis apatah lagi seakan mustahil untuk orang kebanyakan sepertinya berpeluang menyelami kehidupan di kalangan kerabat diraja.

Lebih menarik, lelaki ini akan berjalan kaki sejauh lima kilometer setiap hari dari Stesen Bas Klang ke Jalan Istana sejak bergelar kakitangan Istana Negara bermula 1975.

“Saya bekerja mengikut syif, selalunya dari rumah ke pusat bandar, saya akan menaiki bas ke Pasar Seni. Kemudian, saya akan berjalan kaki sambil memegang botol air menuju ke Istana Negara.

“Apabila setiap hari melakukan rutin sama, saya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk tiba di istana tapi kini, anak memainkan peranan menghantar dan mengambil saya di sini (Jalan Duta),” katanya ketika ditemui.

Berbeza pula pengalaman dilalui Pembantu Am Istana Negara, Zubir Abdullah, 53, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pelayan apabila berlaku kesilapan mengurus atur kakitangan ketika majlis bersantap Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Saya pernah ditegur Tuanku apabila saya tidak berada di sisinya ketika baginda bersantap. Sudah menjadi rutin, baginda mahu saya melayannya terutama dalam penyediaan minuman.

“Dalam kejadian itu, saya sebagai ketua terpaksa ke dapur untuk mengangkat hidangan baginda. Kemudian, baginda bangun mengekori dan menegur kenapa saya tidak menemaninya. Lantas saya memohon ampun sebelum menerangkan kejadian sebenar.

“Baginda sangat toleransi dan memahami kesilapan itu. Malah sempat memberi teguran supaya saya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya yang kelihatan sedih ketika mengimbas kembali kenangan berkenaan.

Hampir 27 tahun berkhidmat dalam bidang makanan, beliau mengakui pekerjaannya memberi peluang untuk bertemu ramai tokoh negara serta orang kenamaan asing.

Ketua Bentara, Ahmad Awang, 53, pula menganggap perpindahan ke Jalan Duta sebagai sesuatu yang positif biarpun berbeza lokasi namun budaya kerja masih
lagi sama.

Berkhidmat selama 24 tahun dengan Istana Negara, beliau pernah menerima tiga pingat dianugerahkan Yang di-Pertuan Agong termasuk Bentara Setia Diraja, Pingat Pangkuan Negara dan Bentara Setia Wilayah.

Bertanggungjawab memastikan segala urusan seperti menyambut tetamu bagi majlis rasmi dan tidak rasmi dalam mahupun luar istana, beliau pernah mengalami kemalangan termasuk kapal terbang terhempas di Miri ketika sesi lawatan Yang di-Pertuan Agong kesembilan, Sultan Azlan Shah ke Sarawak.

Lebih mengharukan, bagi mengenang jasanya berkhidmat untuk negara, baginda mengurniakan bintang Bentara Setia Diraja kepada semua kakitangan yang terbabit dalam kemalangan berkenan.

Selain berpeluang memayungkan Yang di-Pertuan Agong ketika majlis istiadat, Ahmad turut memiliki kesempatan memayungkan kerabat diraja asing termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Jepun, Akihito.

Sultan Iskandar tepikan protokol



KEMANGKATAN Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Al Haj ibni Armarhum Sultan Ismail pada usia 78 tahun semalam amat dirasai. Sultan Iskandar akan terus dikenang sebagai seorang sultan yang penuh dengan ceritera berwarna- warni.

Menjadi Sultan Johor selama 28 tahun, baginda cukup dikenali sebagai seorang pemimpin yang sanggup mengetepikan protokol untuk bebas bergaul dengan rakyat jelata.

Biarpun adakalanya bersikap serius, baginda tidak segan silu menegur perbuatan yang dianggap tidak betul. Bahkan baginda gemar bertanya sesuatu isu dengan lebih lanjut pada majlis-majlis keramaian.

Sikap tegas baginda secara terbuka dapat lihat apabila membabitkan kepentingan rakyat negeri Johor. perkara ini terbukti pada tahun lalu apabila Sultan Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di Nusajaya.

''Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Selain itu, tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), dua tahun lalu juga menunjukkan ketegasan baginda. Sultan Iskandar mencabar empat ADUN itu untuk menunjukkan diri mereka di dalam dewan apabila baginda hadir merasmikan sidang pembukaan DUN itu.

Baginda turut diingati kerana pendiriannya yang konsisten ke atas Tambak Johor apabila sentiasa mengulangi ia agar dirobohkan supaya saliran air di Selat Tebrau dapat mengalir secara sempurna.

Kemuncak ketegasan baginda apabila berikrar untuk mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura, menyentuh hati semua rakyat Johor.

Itulah antara karakter tegas yang dimiliki baginda walaupun sebenarnya almarhum bersikap ramah untuk menjadi seorang pemerintah yang disenangi dan disayangi rakyat sama ada di bandar atau pun di desa.

Sultan Iskandar yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932 juga terkenal dengan sifat prihatin, rendah diri dan tidak lokek dengan senyuman di sebalik raut wajah yang kelihatan agak garang.

Ternyata, tembok besar dan tinggi di Istana Bukit Serene tidak pernah menghalang putera Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad itu untuk mendekati dan menyelami hati rakyat.

Sultan Iskandar mangkat pada usia 78 tahun di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering kerana diserang penyakit jantung.

Almarhum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8 pada 26 April 1984 untuk tempoh selama lima tahun menggantikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang tamat tempoh sebagai ketua negara.

Baginda mempunyai dua putera dan lapan puteri daripada dua orang isteri. Dengan isteri pertama, Josephine Trevorrow, baginda dikurniakan seorang putera dan tiga puteri iaitu Tunku Ibrahim Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Hajah Kamariah (Tunku Puteri Johor), Tunku Zabedah Aminah (Tunku Besar) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah.

Selepas bercerai, baginda berkahwin dengan Tunku Zanariah pada 21 Ogos 1961. Hasil perkahwinan itu, baginda dikurniakan seorang putera, Tunku Abdul Majid Idris selaku Tunku Bendahara Johor dan lima puteri iaitu Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Untuk pembelian Buku Sejarah DiRaja Johor sila hubungi pengedar ditalian 019-799-8249 (Whatsapp)

Pendidikan awal almarhum Sultan Iskandar bermula daripada pengajar persendirian dan Sekolah Inggeris Ngee Heng, Johor Bahru.

Baginda menyambung pendidikan di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar sebelum melanjut pelajaran di Australia dan Britain.

Baginda mendapat Ijazah Kehormat Sains, Universiti Teknologi Malaysia pada 10 April 1997 dan Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti of Singapura berikutan sumbangan baik atas hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura pada 12 April 2007.

Pada 2007, baginda dianugerahkan sebagai Ahli Payung Terjun Sayap Kehormat-Master oleh Menteri Pertahanan Singapura pada ketika itu, Teo Chee Hean.

Baginda diisytiharkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei pada 1959 sebelum digantikan dengan kekanda bongsunya, Tunku Abdul Rahman pada 10 Ogos 1961.

Pada 1966 hingga 1981, baginda dilantik sebagai Raja Muda Johor.

Pada 29 April 1981, almarhum telah dilantik semula sebagai Tunku Mahkota Johor berdasarkan perjanjian dengan Majlis Mahkamah Diraja Johor.

Pada 9 Mei 1981, baginda dilantik sebagai pemangku Raja Johor semasa Sultan Johor gering sebelum diisytiharkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Dalam sektor kerajaan, baginda pernah menjawat jawatan Pegawai Kadet di Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Perbendaharaan bermula 25 Januari 1956 hingga 8 Mei 1959.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia pada 1960.

Kebijaksanaan baginda dalam bidang perniagaan turut terserlah apabila menjadi ahli perniagaan semasa menjadi Raja Muda Johor selain terlibat dalam sebuah syarikat usahasama, Mados-Cito-Daiken.

Jasa baginda dalam bidang pendidikan juga tidak boleh dilupakan apabila dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Disember 1981 selain Kolonel atau Komander Angkatan Tentera Johor dan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando).

Sumbangan Sultan Iskandar turut mendapat perhatian pelbagai pihak sama ada tempatan dan antarabangsa apabila menerima anugerah Venerable Order of St. John, Sovereign Head of the Order, Queen Elezabeth II pada 1980.

Pada 1984, baginda dikurniakan Darjah Kehormat Marsyal Tentera Udara Diraja dan Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB) oleh Kerajaan Brunei 1988.

Pada waktu lapang, baginda gemar memburu, bermain polo, golf, tenis, meluncur air, berenang dan payung terjun selain memiliki sijil juruterbang yang berkelayakan.

Kira-kira 10 tahun lalu, Sultan Iskandar pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat dan pembedahan bahu di Hospital Tentera Diraja Thai di Bangkok, Thailand bagi rawatan kecederaan lama ke atas bahu ketika bersukan.

Sultan Iskandar sudah mangkat dan meninggalkan rakyat negeri Johor buat selama-lamanya, namun sumbangan baginda akan terus diingati oleh semua golongan.

Pastinya nama baginda akan bersemadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar, Parit Saidi, Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1 and 2 di Pontian.

Kejohanan Golf Terbuka Iskandar, wilayah koridor pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia dan Bangunan Sultan Iskandar tetap menjadi mercu tanda kegemilangan pemerintahan baginda.

PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR BIL. 1 TAHUN 2O11




Tukar gelaran

JOHOR BAHRU: Balu Almarhum Sultan Iskandar, Sultanah Zanariah Iskandar dan bonda tirinya, Sultanah Nora Ismail iaitu balu Almarhum Sultan Ismail, kini bergelar Tunku Puan atau Tunku.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Negeri Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Zanariah Iskandar dan Nora Ismail hendaklah dibahasakan sebagai Tunku Puan atau Tunku dalam ucapan dan persuratan.

“Sebelum ini, tiada pertabalan rasmi bagi menggelarkan mereka berdua dengan gelaran Sultanah. Ketika Almarhum Sultan Iskandar masih hidup, baginda Tuanku hanya memakaikan mahkota kepada Tunku Puan Zanariah dalam upacara khas.

“Sepatutnya pelantikan Sultanah perlu melalui istiadat khas dan hendaklah dimasyhurkan bersama Sultan Johor bagi melayakkan digelar sama ada isteri, Sultanah mahupun permaisuri ataupun gelaran lain,” katanya kepada pemberita di Istana Besar Johor, semalam.

Katanya, berhubung perkara itu, mereka berdua tidak boleh lagi menggunakan lambang mahkota permaisuri dalam cetakan kepala surat, surat dan alat tulis bagi urusan rasmi.

“Jika mereka mahu menggunakan kemudahan dibolehkan dengan syarat perlu memohon melalui istana dan mendapatkan kebenaran Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim,” katanya.

Katanya, Tunku Puan Zanariah Iskandar dan Tunku Puan Nora Ismail, bagaimanapun masih diiktiraf sebagai Kerabat Damping dan menikmati kemudahan seperti dibenarkan mengibar bendera kerabat pada majlis rasmi dihadiri Sultan Johor.

“Bendera berkenaan berwarna kuning dengan logo bulan sabit dan bintang pecah lima,” katanya.

Dalam pada itu, tidak ada gelaran ‘Permaisuri’, ‘Sultanah’ dan ‘Isteri Sultan Johor’ bagi merujuk status Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris seperti dipaparkan dalam media cetak dan elektronik kerana upacara pertabalan serta istiadat rasmi gelaran rasmi kepada baginda belum diadakan.

Katanya, bagi mengelak rakyat terkeliru dengan gelaran sebenar, panggilan Raja Zarith perlu disebut dalam dalam ucapan serta persuratan dan dibahasakan Tuanku dan baginda akan dimasyhurkan bersama Sultan Johor bagi memakai gelaran rasmi tidak lama lagi.

Katanya, gelaran diraja diguna pakai sebagai menjunjung titah Sultan Ibrahim dan Jumaah Majlis Diraja Johor yang dibuat berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 dan Adat Istiadat Diraja Johor.

Sementara itu, kerajaan negeri bersetuju menghapuskan tauliah Jaksa Pendamai (JP), yang diperkenalkan sejak 1948 kerana fungsinya sudah tidak relevan digunakan pada masa kini kerana Johor mempunyai bilangan majistret yang mencukupi.

Katanya, peranan JP pada masa dulu seperti fungsi majistret kini yang berkuasa untuk menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah.

“Tauliah JP diperkenalkan sejak 1948 dan kali terakhir dianugerahkan pada tahun 1980 iaitu kepada 55 pegawai kerajaan, namun Tuanku Sultan berpendapat ia sudah tidak relevan dan perlu dimansuhkan serta-merta.

“Ini bermakna tidak ada lagi gelaran JP diguna pakai dan daripada 55 JP ditauliahkan hanya empat masih hidup. Mereka akan dinasihatkan memulangkan kembali tauliah kepada istana dan kuasa sebagai JP terbatal serta-merta,” katanya

Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor

Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor
Pengarang: Dato' Abdul Rahim Bin Ramli
  • 2011
  • ISBN 978-983-52-0788-4
  • 295 muka surat
  • RM 180.00
  • Bidang Umum

SINOPSIS
Kebudayaan dan adat istiadat istana Kesultanan Johor merupakan hasil percampuran dan adunan budaya Melayu, Islam dan Barat yang diwarisi dari zaman kegemilangan empayar Johor, ke zaman dinasti Bendahara dan dinasti Temenggong sehingga sekarang. Sultan Abu Bakar memperkenal dan menambah budaya Barat, khasnya Inggeris sebagai inovasi pembaharuan untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang moden. Pembaharuan yang diperkenalkan termasuk teknologi moden seperti sistem pentadbiran, pengangkutan, keselamatan dan pertahanan, reka bentuk bangunan, cara berpakaian dan cara memartabatkan kedaulatan baginda. Wawasan Sultan Abu Bakar dan sultan selepas baginda banyak mencipta pembaharuan yang mendahului kerajaan negeri–negeri lain dan kini menjadi ikon negeri Johor. Antaranya ialah Undang–undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Mahkota Kerajaan, Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota, Askar Timbalan Setia Negeri, Jata Negeri dan lain–lain.

Sultan Abu Bakar terkenal sebagai raja Melayu yang pertama melawat England iaitu pada tahun 1866, dan yang pertama diberi pengiktirafan antarabangsa. Baginda berjaya memperkenalkan Johor di arena politik dan perdagangan antarabangsa. Baginda juga terkenal dengan pendirian mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negeri Johor dari penjajahan Inggeris selama 33 tahun berturut–turut. Baginda menggunakan kekuatan sistem pengurusan dan pentadbiran negeri yang cekap dan efisien bagi membanteras perancangan jahat Inggeris. Di samping itu, baginda memberi peluang kepada orang Melayu, orang Cina, orang keturunan Melayu dari kepulauan Indonesia dan orang keturunan India bersama-sama memajukan negeri. Tindakan Sultan Abu Bakar menjadi asas persefahaman, kerjasama dan toleransi antara rakyat baginda sehingga sekarang, tepat dengan seruan baginda “Muafakat itu Berkat”.

Kesultanan selepas Sultan Abu Bakar meneruskan wawasan baginda dengan menambah dan memperbaiki adat istiadat istana. Justeru, kini Kesultanan Johor amat prihatin kepada rakyat, dan perlakuan adat itu seboleh–bolehnya tidak menyulitkan rakyat. Cara memberi hormat takzim bagi lelaki dan wanita adalah ringkas. Cara berpakaian memberi penghormatan kepada kebebasan kaum dan bangsa. Warna larangan diketepikan supaya tidak ada perbezaan antara raja dengan rakyat. Unsur dan budaya Islam tetap dikekalkan, seperti bacaan doa memohon restu dan perlindungan Allah sebelum dan selepas majlis, dan bersumpah secara Islam.

Penulis dapat memberi gambaran terperinci dan sejitu mungkin akan perubahan memperkayakan adat istiadat kerana beliau terlibat secara langsung sebagai Dato’ Penghulu Istiadat Istana Johor yang mengendalikan istiadat diraja.

BIODATA

Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, 70 tahun, pernah berkhidmat dengan kerajaan Johor dari tahun 1964 hingga persaraan pilihan sendiri dalam tahun 1993. Berkelulusan Bachelor of Arts (Hons) dari Universiti Malaya. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Kadet Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, dan meneruskan kerjayanya melalui kenaikan pangkat kepada Pengawai Daerah, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Johor Bahru, Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan.

Beliau mula berkecimpung dengan tugas istana dalam tahun 1970 sebagai pembawa ceper bagi ucapan dan pingat. Beliau diberi peluang meneruskan perkhidmatan dengan istana sebagai pegawai istiadat dan menjalankan tugas Bentara Kiri, Dato’ Bentara Kanan dan Dato’ Penghulu Biracana. Selepas bersara beliau dilantik oleh Almarhum Sultan Iskandar sebagai Setiausaha Jumaah Majlis Diraja dan Dato’ Penghulu Istiadat, jawatan yang disandang hingga sekarang.

Beliau pernah menyumbang penulisan terhadap sejarah Johor dan adat istiadat istana dalam ruang “Johor Streets” akhbar New Straits Times edisi selatan. Beliau menjadi pakar rujuk tidak rasmi kepada jabatan–jabatan kerajaan terhadap protokol dan istiadat diraja. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melantik beliau sebagai penasihat sejarah dan kebudayaan Johor dalam Jumaah Majlis Diraja.
Di atas bakti dan jasanya kepada kerajaan beliau dikurniakan Darjah Mahkota Johor Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (S.M.J) dalam tahun 1976, dinaikkan pangkat kepada Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) dalam tahun 1978, dan Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) dalam tahun 1986. Beliau juga dikurniakan Darjah Dato’ Setia Sultan Ismail Johor (D.S.I.J) dalam tahun 1980, dan Dato’ Sri Setia Sultan Ismail (S.S.I.J) dalam tahun 1982.

KANDUNGAN
Titah Pengantar
Prakata
Kata Sambutan

Pendahuluan
Ringkasan Sejarah Johor
Wawasan Temenggong
Gelaran dalam Sejarah
Pegawai Istiadat
Peralatan Istiadat
Sejarah Pakaian

Darjah Tanda Kemuliaan dan Kebesaran
Memakai Darjah
Pegawai Darjah
Pingat-pingat
Peraturan Pengurniaan Pingat

Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli
Yang Maha Mulia Sultan Johor
Persiapan-persiapan Awal
Jemputan
Majlis Doa Kesyukuran
Majlis Terima Di Bilik Singgahsana Istana Besar
Majlis Darjah dan Pingat
Majlis Pengurniaan Pingat
Majlis Pengurniaan Pingat di Daerah-daerah
Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Di Istana Besar

Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Untuk pertanyaan dan pembelian hubungi talian berikut 019-799-8249

Johor, gelaran dan mesej

Sudah lama kita tidak mendengar tindakan raja atau sultan menarik balik pingat, darjah dan gelaran daripada tokoh dan orang kenamaan.

Maka apabila Jumaah Majlis Diraja Johor (JMDRJ) mengumumkan tindakan berkenaan ke atas empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng dan wanita pertama merentasi Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, ramai yang agak terkejut.

Istilah sebenar digunakan Istana Johor bagi penarikan balik pingat dan darjah adalah dipecat. Menurut kenyataan JMDRJ, pemecatan tersebut dilakukan kerana mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Ia ada kaitan secara langsung dengan tindak-tanduk dan perilaku mereka, yang tidak mahu didedahkan oleh JMDRJ kerana mahu menjaga aib.

Jui Meng yang juga pemimpin PKR 'mendahului' senarai. Dua anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang diterima daripada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar kini sudah tiada lagi. Kawan yakin Istana Johor mempunyai sebab kukuh untuk bertindak demikian. Sultan Johor atas laporan JMDRJ mempunyai hak untuk melakukan pemecatan demi menjaga kemuliaan dan nama baik institusi diraja Johor.

Apa yang berlaku ini mempunyai mesej yang jelas kepada semua. Ia seharusnya menjadi pengajaran betapa para penerima anugerah terutama yang membawa gelaran perlu menjaga tingkah laku, budi pekerti, kesetiaan dan keharmonian kepada negara.

Perkembangan terbaru ini menampakkan Johor meneruskan tradisi yang tersendiri dalam mengurniakan darjah kebesaran dan juga pemecatan ke atas penerima. Semua orang tahu bukan mudah untuk mendapat darjah dan pingat Johor. Bilangannya juga paling kecil berbanding negeri lain. Malah orang Johor sendiri adakalanya mengeluh dan terpaksa mengharapkan kurniaan darjah dari negeri lain.

Tetapi Istana Johor tetap Istana Johor. Keunikan itu menjadikan darjah dan pingatnya dianggap lebih istimewa di kalangan para penerima. Begitu juga dari segi tindakan dan hukuman ke atas para penerima darjah Johor. Tiada kompromi. Ia bukan sahaja dipecat malah penerima gelaran tertentu perlu memulangkan semula darjah atau pingat ke istana. Apa pun, Kawan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail kerana ketegasan baginda. 

Pada masa yang sama, Kawan ingin menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu lain dengan mencadangkan agar mengambil pendekatan yang sama terutama kepada golongan yang menghina raja, menggugat kepentingan agama dan bangsa.

Sebagai rakyat Malaysia, Kawan sedih melihat sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak lagi menjunjung semangat Perlembagaan negara dan prinsip keharmonian. Paling ketara di Perak. Dewan Undangan Negeri dijadikan umpama zoo. Banyak lagi tindak-tanduk mereka yang keterlaluan tetapi dibiarkan. Malah mereka terus menikmati gelaran. Ia hanya memberi isyarat yang mengelirukan kepada rakyat jelata seolah-olah apa yang mereka lakukan itu tidak salah dan masih dianggap beradab.

Baru-baru ini dalam ceramah di Kelantan, peneraju PKR, Anwar Ibrahim mempersoalkan Raja-raja Melayu yang didakwanya memihak kepada pemimpin kerajaan. Wajarkah Anwar mengeluarkan kenyataan sedemikian dipercayai antaranya merujuk kepada titah larangan Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan tempat berkempen?

Sepatutnya apabila Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam isu 16 September serta isu pengkhianatannya, beliau juga wajar dilucutkan gelaran.

Bukan setakat pemimpin pembangkang. Jika ada pemimpin kerajaan yang biadab, celupar dan melakukan kesalahan yang tidak boleh diterima, juga wajar diambil tindakan yang sama. Barulah darjah dan gelaran itu akan lebih dihargai dan mempunyai nilai moral yang tinggi

Tuanku Mizan tinjau Pusat Saintifik Antartika


Tuanku Mizan Zainal Abidin (tengah) mencuba pengalaman menjalani kehidupan seperti saintis dan penyelidik lain di puncak bukit berhampiran tapak kajian dan konservasi penguin, Antartika, semalam. Turut serta, Dr. Maximus Ongkili (kanan) dan Salleh Mohd Nor. 

SCOTT BASE (ANTARTIKA) 22 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini melakukan lawatan khas ke pusat-pusat saintifik di Antartika dengan menaiki helikopter.


Helikopter jenis Aerospace EC130 itu dipandu oleh Kapten Rob McPhail, seorang juruterbang berpengalaman selama 20 tahun melakukan penerbangan di Antartika.

Turut sama dalam tinjauan udara itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd. Nor, Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson, dan penulis sendiri.

Helikopter yang pada asalnya dijadual berlepas dari Scott Base, sebuah pusat penyelidikan yang dikendalikan oleh New Zealand di Pulau Ross, pada pukul 9 pagi ini, ditangguh akibat cuaca berubah-ubah dengan salji yang turun serta tiupan angin yang kuat di kawasan lawatan.

Keadaan itu membuatkan jarak penglihatan terbatas yang tidak mengizinkan rombongan itu memulakan perjalanan.
Bagaimanapun, rombongan berlepas pada 11.30 pagi dalam cuaca sejuk bersuhu sekitar bawah 6 darjah Celcius (-6'C) hingga bawah 17 darjah Celcius (-17'C) dengan berlatar pemandangan langit dan bumi Antartika yang amat mempesonakan.

Tempoh 20 minit penerbangan menyaksikan pemandangan glasier dan saujana mata memandang lautan salji yang memutih sebelum tiba di Cape Royds.

INDAH BAGAI LUKISAN ... Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga kanan) bergambar kenangan yang berlatar belakang bentuk muka bumi sebahagian Benua Antartika yang dilitupi salji ketika berjalan kaki di sekitar tepian lautan McMurdo Sound sambil meredah celahan rekahan bongkah ais menuju ke Kabin Kapten Scott, pada jam 8 malam (waktu tempatan) hari ini, Isnin. Taburan salji yang dirakamlan itu kelihatan seakan-akan titikan seni halus hasil lukisan tangan.

Cape Royds ialah kawasan berbatu berwarna hitam menghadap McMurdo Sound yang menempatkan Pondok Shackleton, sebuah pondok yang dibina oleh Ernest Shackleton semasa ekspedisi beliau dalam tahun 1901 hingga 1904.
WEDDEL SANTAI ... Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua kanan) bertembung dengan seekor Weddel Seal (anjing laut Weddel) yang sedang bersantai ketika berjalan kaki selama kira-kira dua jam di sekitar tepian lautan McMurdo Sound sambil meredah celahan rekahan bongkah ais menuju ke Kabin Kapten Scott, pada jam 8 malam (waktu tempatan) hari ini, Isnin.


Seterusnya Tuanku Mizan dan rombongan dibawa melihat Glasier Barne, sebuah glasier setinggi 30 meter yang terletak di bahagian Timur Pergunungan Erebus dan juga menyaksikan penguin Emperor, sejenis penguin paling tinggi (kira-kira satu meter) dan besar dalam spesies keluarga penguin.

Lawatan berakhir dengan kunjungan ke Scott"s Hut di Cape Evans, sebuah pondok yang dibina oleh Robert Falcon Scott ketika ekspedisinya dalam tahun 1910-1913.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (kanan) dan rombongan memulakan perjalanan di sekitar tepian lautan McMurdo Sound sambil meredah celahan rekahan bongkah ais menuju ke Kabin Kapten Scott, pada jam 8 malam (waktu tempatan) hari ini, Isnin.

Kerja pemuliharaan pondok itu sedang giat dilakukan sebagai usaha untuk mengekalkan sejarah warisan saintis dan penyelidik di benua Antartika ini.

Kedua-dua pondok berkenaan kini menjadi destinasi bersejarah dan ikon bagi para saintis dan penyelidik di Antartika.
Semasa perjalanan pulang dari Cape Royds sejauh 35 kilometer, Tuanku Mizan juga dibawa meninjau dari udara kawasan sekitar Pusat Penyelidikan Scott. - BERNAMA

Tambak Johor: Impian atau kenyataan



Sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ke-53 pada 22 November lalu mengingatkan kawan titah baginda Tuanku berkenaan Tambak Johor pada Hari Keputeraan baginda tahun lalu.

Hasrat baginda menyentuh sanubari rakyat Johor yang sudah lama ‘mengidam’ untuk melihat Tambak Johor atau Tambak Tanjung Puteri yang menghubungkan negeri berkenaan dengan Singapura diganti dengan yang baru. 

Ternyata hasrat Sultan Ibrahim disambut dengan teriakan semangat serta desakan pelbagai pihak di Johor untuk melihat ia direalisasikan, khasnya apabila ini kali ketiga baginda bertitah berkaitan perkara itu.

Sedikit fakta sejarah, sepanjang 1,056 meter, Tambak Johor direka Messr Coode, Fizmaurice, Wilson dan Mitchell daripada Westminster, Britain dan dibina oleh Topham, Jones & Railton Ltd dari London pada 1909.

Pada 1909, tambak ini hanya mengandungi sebatang landasan dari stesen kereta api Johor Bahru ke Singapura dan pembinaan jalan raya bermula pada tahun 1919 sebelum siap pada 1924.

Sejak era mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib Razak, isu Tambak Johor cukup hangat diperkatakan.

Tambak Johor sememangnya sinonim dengan keluarga diraja Johor apabila Sultan Ibrahim sendiri pernah bertitah bahawa sejak zaman pemerintahan nenda baginda lagi, Tambak Johor memang begitu rapat dengan Kesultanan Johor.

Hasrat baginda turut diperkukuhkan dengan kenyataan bahawa selain berfungsi sebagai laluan masuk utama ke Kota Singa, Tambak Johor turut menjadi penyambung hubungan antara republik itu dengan Malaysia dalam pelbagai aspek terutama ekonomi. 


Tidak dinafikan sekurang-kurangnya 80,000 rakyat republik itu mengunjungi Johor setiap hari seperti pernah dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor, Hoo Seang Chang baru-baru ini dan kehadiran mereka mendatangkan keuntungan bukan sedikit kepada ekonomi negara ini.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menarik kehadiran pelancong ke negara ini, namun kehadiran 80,000 pengunjung yang sebahagian besarnya masuk keluar pada setiap hari sama ada membeli-belah, sekadar mengisi minyak atau mencuci kereta jelas mendatangkan kesan besar.

Persoalannya di sini, apakah Tambak Johor perlu diganti atau dibiarkan saja? Sudah banyak perancangan dibuat untuk menggantikannya malah sebelum ini, kerja membina jambatan baru dikenali sebagai jambatan bengkok sudah dimulakan tetapi dihentikan sekerat jalan atas alasan pendapat umum rakyat Johor menyatakan tidak mahu ia dilaksanakan.

Ramai terpinga-pinga apabila projek pembinaan itu dihentikan dan ia mendatangkan kesan besar ke atas rakyat Johor yang sekian lama beriya-iya mahu melihat kejayaannya.

Sebahagian penganalisis berpendapat penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Oleh sebab sama, Singapura enggan bersetuju kerana penggantian itu akan mengancam kegiatan di Pelabuhan Singapura.

Disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, laluan kedua yang dikenali sebagai Laluan Kedua Malaysia-Singapura disiapkan pada Oktober 1997, sepanjang 1,920 meter, jambatan dua tingkat ini mengandungi jalan duaan berlorong tiga yang mengaitkan Kampung Ladang di Tanjung Kupang, Johor dengan Jalan Ahmad Ibrahim di Tuas, Singapura.

Tambak Johor menjadi sumber perbalahan sejak perpisahan Singapura dari Malaysia. Air yang bertakung disebabkan tambak ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di Johor.

Malaysia di bawah Dr Mahathir mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak Singapura.

Bagaimanapun, Malaysia tetap mahu meneruskan projek itu dengan cadangan membina jambatan bengkok. Berdasarkan perancangan, jambatan di sebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkannya dengan tambak di sebelah Singapura.

Najib sebelum ini pernah berkata, Kerajaan Pusat perlu mengkaji pelbagai implikasi termasuk undang-undang untuk membina jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Benar apa yang dikatakan Najib kerana ia membabitkan pelbagai perkara termasuk hubungan dua hala dengan Singapura dan tidak sukar untuk menjangka isu jambatan ini memberatkan kepala banyak pihak.

Mungkin pihak di Kota Singa bimbang dengan jambatan baru, tetapi berdasarkan kajian, ia sebenarnya tidak seperti yang difikirkan pemimpin di seberang tambak itu.

Ini kerana, Selat Tebrau selebar 1.5 kilometer cetek dan tidak sesuai untuk kegunaan kapal dagang manakala alasan ia boleh dilalui kapal dagang untuk terus ke Laut China Selatan juga tidak masuk akal memandangkan kedalamannya tidak sesuai dek enapan lumpur.

Walaupun banyak komentar, pandangan, penyelidikan dan pelbagai lagi usaha dilakukan untuk mengaitkan sama ada Tambak Johor perlu digantikan dengan jambatan baru atau sebaliknya, ia tetap akan menimbulkan pelbagai polemik kepada mana-mana pihak yang tidak puas hati.

Akhirnya, semua keputusan itu akan kembali kepada rakyat Johor, apakah projek berkenaan akan diteruskan atau impian rakyat Johor masih tetap sekadar impian, ceria atau duka. 

Tiada penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Baginda Tuanku sambut bersama Rakyat



Kawan menjunjung kasih atas kebijaksanaan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta'zim kerana tidak mengurniakan sebarang darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 26 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 22 November 2011.

Inilah kali kedua baginda berbuat demikian dan rakyat Johor khasnya dan warga Malaysia amnya, sudah tentu gembira dan menyambut baik keputusan baginda itu.

Mungkin orang politik, ahli-ahli perniagaan dan pegawai perkhidmatan awam yang ternanti-nantikan gelaran 'datuk' dan sebagainya, kecewa kerana tidak berpeluang mengumpul gelaran dan anugerah. Kawan kata mengumpul kerana itulah yang berlaku walaupun bukan di kalangan majoriti tetapi memang berlaku.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang menganugerah terlalu banyak gelaran dan pingat serta bintang kebesaran di dunia. Manakan tidak, setiap negeri berbuat demikian selain Kerajaan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan. Macam-macam gelaran diwujudkan sehingga ada yang melucukan.

Tindakan Sultan Ibrahim untuk tidak menganugerahi darjah dan bintang kebesaran serta pingat mengingatkan kawan kepada tindakan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Iskandar semasa menjadi SPB Agong ke-8.

Menurut pegawai yang pernah bekhidmat di Istana Negara ketika itu, setiap kali senarai pencalonan dikemukakan untuk pertimbangan atau perkenan baginda, Almarhum Sultan Iskandar  akan bertanya dua perkara - berapa umur calon dan telah berapa lama berkhidmat (sekiranya calon tersebut pegawai kerajaan).

Baginda hanya akan perkenan penganugerahan kepada pegawai berumur 45 tahun ke atas kerana, menurut baginda, jika seseorang itu telah berumur 45 tahun pastinya beliau telah berkhidmat selama 20 tahun atau lebih.

Almarhum Sultan Iskandar cukup teliti dengan soal penganugerahan darjah atau bintang kebesaran semata-mata untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan. Ya, mereka yang benar-benar layak.  

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk begitu ramai. Sesetengahnya dua atau tiga kali menerima, cuma grednya berbeza. Ada yang dapat  dua  darjah kebesaran  dalam satu tahun, dari dua  negeri berlainan.

Selain itu, tidak kurang juga yang berumur bawah 40 tahun dan ada yang tidak sampai 30 tahun menerima anugerah tersebut sedangkan khidmat bakti mereka terlalu kecil malahan tiada sama sekali kepada negeri mahupun negara. Yang mereka miliki kekayaan dan wang ringgit. Ada juga yang mendapat atau diberi anugerah  kerana sering bermain badminton dengan anak 'orang besar'  dan ada pula yang menerimanya kerana tidak lokek mengeluar perbelanjaan untuk keluarga pihak berkenaan.

Ada negeri yang setiap  tahun  memberi anugerah yang membawa gelaran datuk kepada mereka yang tidak berjasa kepada negeri berkenaan tetapi atas pertimbangan dan kepentingan politik atau kepentingan media (nak dapat publisiti).

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad pernah berkata bahawa penganugerahan pingat dan darjah kebesaran perlu dibuat dengan lebih teliti dan itulah yang diputuskan oleh Kabinet pada mesyuarat mingguannya November 2003. Kabinet meminta PM menyampaikan kepada Majlis Raja-Raja butiran, maklumat, pandangan atau panduan supaya penganugerahan darjah kebesaran lebih tersusun, profesional dan lebih dihormati.

Nampaknya saranan Kabinet pada November 2003 itu tidak lagi dihormati oleh pihak negeri jika dilihat dari sudut bilangan orang yang diberi anugerah yang membawa gelaran datuk. Bak kata orang tua-tua, apa yang diberlaku pada tahun 2003 tidak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.

Oleh itu, apa yang diputuskan oleh Sultan Ibrahim, Sultan Johor,  adalah sesuatu yang bijak dan seharusnya disanjung tinggi oleh rakyat yang semakin muak dengan sikap dan tindakan negeri-negeri yang seolah-olah berlumba-lumba memberi anugerah datuk.

Skrip berbeza 2009, 2011



IMBAS KEMBALI... Skuad bimbingan Rajagobal menamatkan penantian selama 20 tahun Malaysia apabila memenangi pingat emas acara bola sepak di Laos pada 2009.


JAKARTA - Andai pasukan bola sepak negara kendalian Datuk K. Rajagobal mempunyai skrip tersendiri sebelum meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee pula ada jalan cerita berbeza ketika membawa pulang emas malam kelmarin.
Diimbas kembali rentetan kejayaan skuad negara dua tahun lalu, anak- anak buah Rajagobal bermula langkah kanan apabila membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A.
Bagaimanapun, momentum itu gagal diteruskan apabila tewas 1-3 kepada Vietnam, gara-gara keputusan 'berat sebelah' pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong-Hyeok se- hingga mengundang kemarahan kem negara.
Mujur skuad kendalian Rajagobal kembali bangkit dengan melakar kemenangan 4-0 ke atas Kemboja sebelum membenam juara 13 kali, Thailand 2-1, sekali gus muncul naib juara Kumpulan A untuk layak ke separuh akhir.
Pada aksi separuh akhir, skuad negara di- letakkan sebagai pilihan ketika membuat perhitungan dengan Laos yang menyaksikan mereka merakamkan kemenangan 3-1.
Mungkin sudah suratan, anak-anak buah Rajagobal kembali berentap dengan Vietnam di pentas final, sekali gus menjadi me- dan buat mereka membalas dendam keka- lahan di peringkat kumpulan.
Ternyata segala keperitan dan kekecewaan mereka terbalas apabila jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop ketika perlawanan berbaki lima minit memastikan skuad negara menang tipis 1-0.
Kejayaan itu sekali gus mengakhiri penan- tian skuad negara selama 20 tahun untuk meraih pingat emas acara bola sepak yang dianggap paling berprestij pada temasya Sukan SEA.
Dua tahun berlalu, kini anak-anak buah Kim Swee tampil dengan satu misi iaitu mempertahankan pingat emas yang dimena- ngi skuad negara di Laos.
Tugas Kim Swee pada mulanya tampak sukar sebaik undian dikeluarkan apabila barisan Harimau Muda diundi dalam 'kumpulan maut' bersama Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Diundi bersama Indonesia dan Thailand khususnya sudah tentu memberi gambaran awal betapa Harimau Muda bakal berdepan dengan tugas mencabar berdasarkan repu- tasi yang dimiliki kedua-dua pasukan tersebut.
Memulakan kempen dengan menentang Singapura, Harimau Muda dilihat masih ter- cari-cari rentak untuk 'mengaum' di Stadium Gelora Bung Karno apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.
Bagaimanapun, Harimau Muda mula mendapat rentak 'sang juara' apabila mene- waskan Thailand 2-1 sebelum membelasah Kemboja 4-1.
Biarpun laluan ke separuh akhir tampak terbuka luas, anak-anak buah Kim Swee tampil dengan semangat juang yang tinggi apabila membenam ego Indonesia di hada- pan penyokong sendiri hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A.
Kejayaan tersebut menyaksikan mereka tampil selaku juara Kumpulan A, sekali gus membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada peringkat separuh akhir.


ANAK-ANAK buah Kim Swee berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi Malaysia di Laos dua tahun lalu selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA 2011 malam kelmarin.


Seperti diramal, Harimau Muda berjaya meloloskan diri ke babak final apabila mela- kar kemenangan 1-0 dan Indonesia menanti mereka dalam persaingan memburu emas selepas skuad Garuda Muda itu menang 2-0 ke atas Vietnam dalam satu lagi saingan se- paruh akhir.
Seakan-akan sudah lali dengan ejekan dan provokasi para penyokong Indo- nesia, Harimau Muda tampak lebih dominan berbanding Garuda Muda pada aksi final malam kelmarin.
Ketinggalan 0-1 hasil jaringan tonggak pertahanan Indonesia, Kurniawan Dwi Cahyo seawal minit kelima, barisan Harimau Muda tidak sedikit pun menunjuk- kan tanda-tanda mahu mengalah lebih awal.
Sebaliknya, mereka tampil dengan rentak bertenaga sehingga akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan terbang Mohd. Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan sehingga perlawanan dilanjutkan menerusi penentuan sepakan penalti.
Sekali lagi Harimau Muda tidak gentar de- ngan sorakan penyokong-penyokong Indonesia apabila kapten Baddrol Bakhtiar, Ma- hali Jasuli, Mohd. Fandi Othman dan Ahmad Fadhli Shaas berjaya menyempurnakan sepakan penalti, manakala sepakan yang dilakukan Ahmad Fakri Saarani berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Dengan Indonesia hanya memperoleh gol menerusi Titus Bonai, Egi Melgiansyah dan Abdul Rahman, manakala rembatan Kurniawan terkena tiang gol dan ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi menepis sepakan Ferdinan Sinaga, ia sudah memadai buat Harimau Muda melakar kemenangan 4-3.
Kejayaan tersebut dianggap cukup manis dan penuh bermakna buat Kim Swee dan skuad Harimau Muda biarpun mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan sepanjang berada di bumi Jakarta.
Dengan masalah lokasi latihan yang jauh dari hotel penginapan rasmi, selain terpaksa mengharungi jadual yang padat, anak-anak buah Kim Swee membuktikan mereka memiliki kualiti dan karakter sebagai juara.
Paling meninggalkan kesan dan diingati skuad Harimau Muda sudah pasti insiden bas yang dinaiki mereka diserang ratusan penyokong Indonesia kira-kira dua jam sebelum aksi final malam kelmarin.
Sejurus tamat perlawanan, para pemain negara dibawa menaiki Barracuda - kereta perisai milik polis Indonesia - untuk pulang ke hotel penginapan di Hotel Sultan, kira-kira satu kilometer dari stadium sebelum mereka terus berlepas ke tanah air dengan menaiki pesawat sewa khas milik AirAsia.
Biarpun masih dimamah keletihan, barisan wira Harimau Muda harus kembali mengalihkan fokus mereka di tengah padang apabila dijadualkan menentang Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

PEWARIS TAKHTA RAJA-RAJA MELAYU (CROWN PRINCE)



Seperti mana yang kita ketahui, terdapat 9 buah negeri di dalam Malaysia yang mempunyai Sultan/Raja.  Raja-raja ini dipilih secara keturunan dan memerintah seumur hidup di negeri masing-masing.

Pemerintah negeri digelar Duli Yang Maha Mulia (DYMM) atau His Royal Highness (HRH).  Bagaimanapun, kedudukan pemerintah yang dikatakan sebagai seumur hidup adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing.  Seseorang DYMM Sultan/Raja boleh hilang hak memerintah negeri tersebut atas sebab-sebab yang tertentu, seperti menghidapi kecacatan fizikal dan mental secara berpanjangan dan hilang keupayaan atau tidak berupaya atau tidak efektif lagi untuk memerintah.

Seseorang Sultan/Raja juga boleh dengan sukarela mengundurkan diri atas apa juga alasan untuk meninggalkan takhta.

Dalam sistem monarki di Malaysia, lazimnya seseorang DYMM Sultan/Raja akan melantik seorang Bakal Raja dari kalangan siapa sahaja waris terdekatnya seperti anak lelaki atau adik lelaki.  Ini kerana semua negeri di Malaysia hanya membenarkan waris lelaki sahaja untuk menjadi Pemangku Raja atau pewaris Raja.  Pernah dalam sejarah Malaysia, apabila Raja Perlis dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1960, baginda melantik menantunya Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar sebagai Pemangku Raja Perlis.  Pewaris Raja ini lazimnya dipanggil dengan gelaran (salutation), Duli Yang Teramat Mulia (DYTM).

Gelaran pewaris Raja/Sultan di Malaysia adalah berbeza antara negeri.  Negeri-negeri seperti Johor, Pahang dan Kelantan menggunakan gelaran TENGKU/TUNKU MAHKOTA.  Negeri-negeri Selangor, Perak, Kedah dan Perlis menggunakan gelaran RAJA MUDA.  Negeri Terengganu pula menggunakan gelaran YANG DIPERTUAN MUDA.

Di Perak, seorang pewaris Sultan perlu melalui beberapa tingkat jawatan bergelar sebelum sampai ke jawatan Raja Muda sebagai pewaris pertama. 
  • Raja Kecil Bongsu
  • Raja Kecil Tengah
  • Raja Kecil Sulong
  • Raja Kecil Besar
  • Raja Di Hilir Perak
  • Raja Bendahara (bagaimanapun jawatan ini telah dikeluarkan dari senarai pewaris)
  • Raja Muda
Negeri Sembilan yang menjunjung amalan Adat Perpatih mempunyai sistem pemilihan bakal Raja yang berbeza.  Kuasa pemilihan pengganti Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah terletak di tangan Undang Yang Empat (Rembau, Jelebu, Johol dan Sungai Ujong) yang memutuskan pemilihan di kalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah Yamtuan yang mangkat dikebumikan.  Putera Yang Empat tersebut ialah:
  • Tengku Besar Seri Menanti
  • Tengku Laksamana
  • Tengku Muda Serting
  • Tengku Panglima Besar
Berikut adalah senarai Pewaris Raja Yang Pertama di setiap Negeri.

  NEGERI KEDAH  


RAJA MUDA KEDAH
DYTM Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah DK DKH SPMK DK(Terengganu) DK(Selangor) SPCM SPMJ DA PSB
(Diputerakan pada 24 September 1929 dan dilantik menjadi Raja Muda kedah pada 28 November 1981)
(Pendidikan: Wadham College, Oxford, UK)
Raja Puan Muda: DYTM Tunku Hajjah Sharifah Raudzah binti almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

  NEGERI JOHOR  

TUNKU MAHKOTA JOHOR
DYTM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail DK DKII SPMJ SMJ PIS
(Diputerakan pada 30 Jun 1984)
(Dilantik sebagai Tunku Mahkota pada pada 29 Januari 2010)
(Panggilan rasmi: DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim)
(Pendidikan: Indian Military Academy, Dehra Dun, India)
(Isteri: x)


  NEGERI PAHANG  

TENGKU MAHKOTA PAHANG
DYAM Tengku Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah DK  DK(Johor) DK(Terengganu) SSAP SPMJ SIMP
(Diputerakan pada 30 Julai 1959 dan dilantik menjadi Tengku Mahkota pada 1 Julai 1975)
(Pendidikan: Royal Military Academy, Sandhurst & Queen Elizabeth College, Oxford, UK)
(Tengku Puan Pahang: Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar DK SPMJ DK(Pahang)
 NEGERI PERAK  

RAJA MUDA PERAK
DYAM Raja Dato' Seri Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah DK DKSA DK(Selangor) SPSA SPCM SPTS SPMP

(Diputerakan pada 27 November 1956)
dilantik menjadi Tuanku Raja Muda, Wakilus Sultan, Wazirul Azam  pada 15 April 1987)
(Pendidikan: Master of Arts, Worcester College, Oxford, UK and Doctor of Philosophy, Kennedy School, Harvard University, USA) 
(Raja Puan Besar: Tuanku Zara Salim Davidson DK DKSA)

  NEGERI KELANTAN  

TENGKU MAHKOTA
DYTM Tunku Dr Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK
(Diputerakan pada 20 Jun 1974)
(Dilantik menjadi Tengku Mahkota pada 18 Oktober 2010)
(Pendidikan: Bachelor/Master of Art, Oakham College, University College of London, and Doctor of Philosophy, Institute of Classical Studies, University of London)
(Cik Puan Mahkota: x)

  NEGERI PERLIS  

RAJA MUDA PERLIS
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DK SPMP
(Diputerakan pada 30 Disember 1967) 
(Dilantik sebagai Raja Muda pada 12 Oktober 2000)
(Pendidikan: Bachelor of Economics, La Trobe University, Victoria, Auatralia)
(Raja Puan Muda: Tuanku Datuk Seri Lailatul Shahreen binti Dato Seri Khalil Akashah SPMP)

  NEGERI TERENGGANU  

YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU
DYAM Tengku Muhammad Ismail ibni Tuanku Mizan Zainal Abidin DKT
Diputerakan pada 1 Mac 1998
Dilantik menjadi Yanga Di Pertuan Muda pada 20 Jan 2006
(Pendidikan: schooling)
(Isteri: x)

  NEGERI SEMBILAN  

TUNKU BESAR SERI MENANTI
DYAM Tunku Ali Rithauddeen ibni Tuanku Muhriz DKYR
Diputerakan pada 20 April 1977
Dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009
(Pendidikan: Bachelor of Arts, Christ's college, University of Cambridge and Master of Arts from Kennedy School of Government, Boston Massachusettes University, USA)
(Isteri: x)


  NEGERI SELANGOR  

RAJA MUDA SELANGOR
DYAM Tengku Amir Shah ibni Sultan Idris Shah DK
Diputerakan pada 12 Disember 1990
Dilantik menjadi Raja Muda pada 3 Mei 2002
(Pendidikan: Victoria Instittion, KL)
(Raja Puan Muda: x)





URUTAN PEWARIS TAKHTA SULTAN PERAK


Raja Muda Perak
DYTM Raja Dato Seri Dr Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  DKSA DK SPCM SPTS DK(Selangor) SPMP(Perlis) PhD

Raja Di Hilir Perak
Raja Dato' Seri Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa DK SPCM JSM
(Diputerakan: 26 September 1941, dilantik: 10 Mac 1998)
(Raja Puan Muda: Raja Dato Seri Nor Mahani binti Raja Shahar Shah DK SPCM PCM)


Raja Kechil Besar
YTM Raja Dato' Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah 
DK SPCM SSDK
(Diputera: ?, dilantik: 18 Mac 2010)
(Isteri:  Tengku Dato Seri Soraya binti Tengku Abdul Aziz  DK SSDK)

 Raja Kecil Sulong
YTM Raja Dato'Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  DK SPCM
(Diputera: 28 Disember 1958, dilantik: 18 Mac 2010)
(Isteri:  Dato Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin DK SPCM)

Raja Kechil Tengah
YTM Raja Dato Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Raja Ashman Shah DK
(Lahir: ?  dan dilantik 18 Mac 2010)



Raja Kecil Bongsu
 kosong
-

Raja Azlan Muzaffar Shah- pewaris yang menanti waktu


URUTAN PEWARIS TAKHTA 
YDP BESAR N.SEMBILAN


Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Ali Ridhauddin ibni Tuanku Muhriz

Tunku Laxamana
YTM Tunku Tan Sri Dato Seri Utama Naqiuddin ibni almarhum Tuanku Jaafar DK 
DKYR PSM SPTJ SPNS SPMS SPMP PPT
(Diputerakan pada 8 Mac 1947 dan dilantik pada ?)
(Tunku Puan Muda: Tunku Puan Sri Dato Seri Nurul Hayati bin Tunku Bahadur SPTJ)

Tunku Muda (Serting)
YTM Tunku Tan Sri  Dato Seri Utama Imran ibni almarhum Tuanku Jaafar  DTNS 
DKYR PSM SPNS PJK AMN 
(Diputerakan pada 21Mac 1948 dan dilantik pada x)
(Isteri: Che Engku Puan Sri Dato Seri Mahirah @ Moira Rodrigo binti Abdullah SPTJ)

Tunku Panglima Besar
YTM Tunku Dato Seri Nadzaruddin ibni almarhum Tuanku Jaafar DKYR SPTJ 
Diputerakan pada 26 Oktober 1959)
(Isteri: Tunku Dato Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman SPTJ)




URUTAN PEWARIS TAKHTA SULTAN KEDAH


Raja Muda Kedah
DYTM Tunku Haji Abdul Malek



Tunku Bendahara Kedah
YTM Tunku Dato' Seri Anuar ibni almarhum Sultan Badlishah DKH SPMK
(Diputerakan pada 30 Jun 1939 dan dilantik menjadi Tunku Bendahara pada 28 November 1981)
(Toh Puan Bendahara: Datin Seri Nur Suzanna binti Abdullah)


Tunku Paduka Maharaja Temenggung Kedah
YTM Tunku Dato' Seri DiRaja Mahmud Salehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah 
DKH DHMS SSDK BCK
(diputerakan pada 30 April 1942)
(Tunku Puan Temenggung: Tengku Datin Seri Maliha binti Tengku Ariff)



 Tunku Laksamana Kedah
YTM Tunku Dato Seri Diraja Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah 
DKH DHMS SSDK  DSDK
(diputerakan pada 18 Jun 1951)
(Toh Puan Laksamana: )


 


URUTAN PEWARIS TAKHTA SULTAN JOHOR

Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim DK DKII SPMJ SMJ PIS
x

Raja Muda Johor
-kosong-

Tunku Bendahara Johor
Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar DK SPMJ
(Diputerakan pada  20 Julai 1970- dilantik: ?)



Tunku Temenggung Johor
YTM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
(Diputerakan pada 25 Disember 1987, dilantik pada 26 Februari 2010)



.

URUTAN PEWARIS TAKHTA RAJA PERLIS

Raja Muda Perlis
DYAM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP

Tunku Sharif Bendahara
YAM Dato' Seri DiRaja Syed Badaruddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP
(Diputerakan pada 1 Januari 1945)
(Tengku Puan Bendahara: YAM Datin Seri Tunku Mudzia binti almarhum Tuanku Munawir)



Tunku Sharif Temenggung
YAM Dato' Seri DiRaja Syed Syed Amir Zainal Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP
(Diputerakan pada 11 Januari 1950)
(Cik Puan Sharif Temenggung: -)


Tunku Laksamana
YAM Dato' Seri DiRaja Syed Razlan ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP
(Diputerakan pada 21 Jan 1951)
(Tengku Puan Laksamana: YAM Dato Paduka Sharifah Hishmah binti Dato Syed Hassan Shahabuddin DSPJ )


Tunku Panglima
YAM Dato' Seri DiRaja Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP SSIS
(Diputerakan pada 20 Februari 1952)
(Tengku Puan Panglima: YAM Tunku Dato Paduka Nur Zihan binti almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SSIS DSPJ)

URUTAN PEWARIS TAKHTA SELANGOR

Raja Muda Selangor
DYAM Raja Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah DK SPMS

Tengku Laksamana
YAM Tengku Badlishah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah DK SPMS

Tengku Bendahara
YAM Tengku Azman Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah DK SPMS SJMK

Tengku Besar Putra
YAM Tunku Ismail Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah DK SPMS

Tengku Panglima DiRaja
YAM Tengku Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS SJMK SPMJ PIS

Tengku Panglima Besar
YAM Tengku Abdul Samad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SSSA

Tengku Indira Setia
YAM Tengku Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SSSA SPMS SPTJ PSD DSMT  DPMS

Tengku Orang Kaya Menteri DiRaja
YAM Tengku Rashad ibni Tengku Badlishah


Tengku Sri Paduka Shahbandar
YAM Tengku Ahmad Tajuddin ibni almarhum Tengku Abdul Aziz Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulain Shah Alhaj


Tengku Indira Pahlawan DiRaja
YAM Tengku Dato' Putra Shifzizzan Alhaj ibni Tengku Azman Shah DPMS



URUTAN PEWARIS TAKHTA PAHANG

Tengku Mahkota Pahang
DYAM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah DK DK(Johor) DK(Terengganu) SSAP SIMP SPMJ

Tunku Muda Pahang
YAM Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah DKP SSAP SIMP


Tunku Arif Bendahara
YAM Tengku Abdulllah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah DK SSAP SSMT SIMP SPMT DJMK PAT

Tunku Arif Temenggung
YAM Tengku Abdul Fahd Muadzam ibni Sultan Haji Ahmad Shah DK

Tunku Panglima Perang
YAM Tengku Abdul Aziz  ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah DK SSAP SIMP



URUTAN PEWARIS TAKHTA KELANTAN

Tengku Mahkota Kelantan 
DYAM Tengku Dr Muhamamd Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK

Tunku Bendahara
kosong

Tunku Temenggung
kosong

URUTAN PEWARIS TAKHTA TERENGGANU

Yang Di Pertuan Muda
Tengku Muhammad Ismail ibni al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin DKT

Tengku Sri Bendahara Raja
Tengku Dato Seri Mustafa Kamil ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT SIMP


Tengku Sri Panglima Raja
Tengku Dato' Seri Badrul Zaman ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT



Tengku Sri Temenggong Raja
Tengku Badul Hisham @ Baharuddin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK



Tengku Sri Raja
kosong


Tengku Sri Paduka Raja
Tengku Ibrahim Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah DK


Tengku Sri Laksamana Raja
Tengku Abdullah Sulaiman Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah DK


credit: http://coltoras1959.blogspot.com/